Ambil tindakan ke atas Jamal dan konconya

Ambil tindakan ke atas Jamal dan konconya

Aksi ganas geng baju merah terhadap peserta konvoi Bersih dilihat sebagai berbahaya untuk ketenteraman awam bahkan bercanggah dengan semangat Perlembagaan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Aksi ganas geng baju merah terhadap peserta konvoi Bersih dilihat sebagai berbahaya untuk ketenteraman awam bahkan bercanggah dengan semangat Perlembagaan.

Ahli Majlis Peguam, Syahredzan Johan berkata, Datuk Jamal dan geng Umno baju merahnya membawa budaya politik samseng ke persada baru yang amat membimbangkan.

“Kita tidak pernah lihat budaya politik samseng diberi legitimasi sebelum ini. Bagaikan geng baju merah Umno ini ada kekebalan boleh berbuat sesuka hati tanpa ada sekatan undang-undang,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Beliau berkata, langkah pihak polis di beberapa lokasi mengawal keadaan untuk memastikan mereka tidak menyerang penyokong Bersih amat disambut baik.

“Namun, saya persoalkan kenapa tidak ada tindakan lanjut ke atas Jamal dan geng baju merah Umnonya.

“Walhal, kalau pembangkang atau aktivis, kritik sedikit mesti ada tindakan diambil,” bidasnya.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani AbdullahSehubungan itu, Syahredzan pihak berwajib mengheret Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ke muka pengadilan memandangkan negara ini masih mempunyai undang-undang.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas Jamal dan gengnya,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah berkata, hak untuk menyatakan pendapat adalah hak asasi setiap rakyat di negara ini.

“Mereka yang menghormati hak asasi harus membela hak pihak lain itu untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas.

“Sebarang tindakan untuk menghalang hak itu adalah bertentanga dengan Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya kepada Malaysia Dateline.

Geng Baju Merah Umno di Sabak Bernam menerajang peserta Bersih 5, Sabtu lalu.Menurutnya yang juga bekas Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), penggunaan keganasan dan ugutan adalah satu bentuk jenayah.

“Integriti pihak berkuasa keselamatan semakin terhakis dengan keengganan untuk menasihatkan pihak tertentu yang mengggunakan keganasan ke atas pihak yang melakukan kempen secara aman dan sah di sisi undang-undang negara,” ujarnya lagi.

TAGS