AMK jangka 5,000 anggotanya turun Bersih 5

AMK jangka 5,000 anggotanya turun Bersih 5

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menyatakan sokongan penuh kepada penganjuran himpunan Bersih 5 bulan depan dengan kehadiran ribuan anggota sayap PKR itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menyatakan sokongan penuh kepada penganjuran himpunan Bersih 5 bulan depan dengan kehadiran ribuan anggota sayap PKR itu.

Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin berkata, pihaknya akan menggerakkan seluruh anggota parti itu bagi menghadiri himpunan menuntut pilihan raya bebas yang dijadualkan 19 November nanti.

“Seramai dijangkakan 5,000 anggota AMK dari seluruh negara bakal menyertai himpunan kali ini.

“Kami menyatakan pendirian jelas menolak kepimpinan Najib dan menuntut satu transformasi sistem untuk dilaksanakan,” ujarnya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Beliau juga memberitahu pihaknya turut menawarkan Skuad Keadilan yang bersiap sedia untuk mengawal keselamatan bagi memastikan himpunan di ibu negara itu berjalan lancar.

Mengulas tentang ancaman pihak yang menentang penganjuran Bersih, Afif berkata, segala bentuk ancaman dan tindakan kekerasan oleh pihak Umno-BN yang cuba menggugat kempen Bersih adalah dikecam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Seberang Jaya menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap anasir yang menganggu ketenteraman awam ini sebelum banyak perkara tidak diingini berlaku.

“Saya menggesa pihak polis untuk segera mengambil tindakan daripada aksi seperti itu mengancam ketenteraman awam dan kepada individu-individu lain,” jelasnya.

TAGS