AMK Selangor  kecam tindakan PDRM,SSM  serbu Pejabat Bersih

AMK Selangor kecam tindakan PDRM,SSM serbu Pejabat Bersih

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu dan merampas peralatan-peralatan di pejabat Bersih di Petaling Jaya hari ini.

Ketuanya Afzainizam Rahman berkata tindakan itu bertujuan bagi menakut-nakutkan dan melunturkan momentum serta semangat rakyat yang ingin berhimpun esok.

“Himpunan Bersih 5 menuntut pilihanraya bersih dan adil, Kerajaan bersih, memperkukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkasa Sabah dan Sarawak.

“Kami ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersatu dan fokus dengan agenda Berih 5 serta tidak gentar untuk bersama-sama turun dan berhimpun di lokasi-lokasi yang dirancang dengan aman selaras dengan hak berhimpun yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia.” ujarnya dalam satu kennyataan hari ini.

Hari ini Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, AJK Bersih Manjeed Sigh Karpal dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke ditahan dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

TAGS