Anak alu-alukan pengerusi FGV bukan orang politik

Anak alu-alukan pengerusi FGV bukan orang politik

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengalu-alukan pengumuman pelantikan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) baru yang bukan daripada kalangan orang politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam melantik Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai pengerusi FGV menggantikan Tan Sri Isa Samad.

Azhar pernah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Pengerusi Tradewinds Corporation Bhd.

Beliau juga ialah ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), United Kingdom dan ahli Institut Akauntan Malaysia.

Mazlan AlimanPresiden Anak Mazlan Aliman berkata, selain daripada pelantkkan bukan daripada orang politik, lembaga pengarah FGV juga perlu dirombak dan melantik orang yang berpengalaman dalam sektor perladangan.

{loadposition myposition}

“Rombak segera board FGV. Gugurkan yang lama. Lantik orang baru yang ada pengalaman dalam sektor perladangan dan punya kepakaran luas.

“Pengurusan baru FGV mesti membina kepercayaan dan harapan masyarakat Felda yang terjejas teruk,” katanya.

Mazlan juga berharap pelantikan Azhar dapat menyelesaikan masa depan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad.

“Kalau siasatan dapati tiada kes, saya harap Zakaria ditempatkan semula sebagai ketua pegawai eksekutif FGV.

“Tentu sekali kombinasi kedua-dua mereka itu akan memberi sinar baru kepada para peneroka,” katanya.

CATEGORIES
TAGS