Anak dan Pemuda AMANAH lawat kawasan kontroversi Felda

Anak dan Pemuda AMANAH lawat kawasan kontroversi Felda

Ekoran kontroversi yang melanda Felda bermula 22 Disember lalu, melibatkan tanah strategik miliknya di Jalan Semarak Kuala Lumpur, pada 27 Disember lalu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai Pengerusinya Mazlan Aliman serta barisan pimpinan Pemuda Amanah Nasional telah membuat lawatan serta tinjau ke kawasan yang menempatkan bangunan ibu pejabat Felda.

Selepas lawatan, Pemuda AMANAH dan Anak mengeluarkan kenyataan bersama menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya turut menyiasat penglibatan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam transaksi pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Lensa Malaysia Dateline telah merakamkan suasana serta aksi lawatan berkenaan.

Anjung Felda dikhuatiri hanya akan tinggal nama sahaja nanti.

 

Deretan kenderaan milik Felda di kawasan parkir sekitar bangunan Felda.

 

Bangunan yang telah dikosongkan.

 

Dewan Perdana Felda masih kukuh berdiri menunggu masa rebah ke bumi.

 

Mercu tanda FGV.

 

Bangunan pejabat yang tidak lagi digunakan.

 

Delegasi lawatan meninjau banggunan-banggunan Felda di Jalan Semarak.

 

Anggota delegasi lawatan tidak dibenarkan pihak keselamatan untuk ke cafe dalam bangunan Balai Felda.

CATEGORIES