ANAK mahu  peneroka Felda  sokong perhimpunan Bersih 5

ANAK mahu peneroka Felda sokong perhimpunan Bersih 5

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) menyokong dan mendokong Himpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini di Kuala Lumpur.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mazlan AlimanPersatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) menyokong dan mendokong Himpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini di Kuala Lumpur.

Presidennya Mazlan Aliman berkata, sejak 2011 Felda diurus tadbir oeh Pengerusinya Tan Sri Isa Samad, pelbagai isu kritikal membabitkan institusi pelaburan kerajaan itu berlaku, antara sebab ANAK menyokong penuh usaha dilakukan Bersih 2.0

“Urus tadbir Felda yang bercelaru, penyenaraian FGV di Bursa Malaysia yang bermasalah, perumahan Gen 2 Felda yang terbengkalai, isu pendahuluan hasil yang tidak di bayar mengikut jadual, hutang peneroka yang kian menggunung dan berbagai lagi isu; memerlukan ANAK lebih fokus menanganinya.

‘ANAK harus menggunakan sepenuh ruang dan platform untuk menyuarakan isu isu berbangkit agar mendapat perhatian Kerajaan dan sokongan masyarakat awam.

“Terdapat 54 parlimen yang mempunyai penempatan Felda di seluruh negara. Jika kefahaman dan kesedaran masyarakat Felda tidak berlaku, usaha untuk membentuk Kerajaan yang bersih amat sukar dicapai,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu ANAK menggesa warga Felda menyokong tuntutan Bersih dan ikut serta kempen kempen yang akan dan sedang digerakkan.

“Seperti mana siri himpunan Bersih sebelum ini, ANAK komited terhadap tuntutan Bersih.

“ANAK menjadi antara NGO yang bersama demi merealisasikan Malaysia yang bersih, selamat dan terhindar dari elemen korup,” ujarnya.

Perhimpunan Bersih 5 kali ini menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

Konvoi Bersih yang bermula esok, 1 Oktober di enam lokasi utama iaitu Johor Bharu, Kangar, Kota Bharu, Lumut, Sandakan dan Miri amat di sambut baik dengan acara kemuncak akan diadakan di Kuala Lumpur.

TAGS