Anak muda Kelantan kesal Husam jadi ‘mangsa buli’ di sidang Dun

Anak muda Kelantan kesal Husam jadi ‘mangsa buli’ di sidang Dun

Anak muda Kelantan kecewa apabila sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) minggu lalu menjadi tempat untuk Exco mengamalkan politik buli dengan menyerang peribadi wakil rakyat tertentu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Anak muda Kelantan kecewa apabila sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) minggu lalu menjadi tempat untuk Exco mengamalkan politik buli dengan menyerang peribadi wakil rakyat tertentu.

Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan berkata, Exco tidak menggunakan tempoh penggulungan bidang tugas mereka dengan sebaik mungkin sebaliknya menyerang Adun Salor Datuk Husam Musa dari Amanah.

“Kita amat terkejut ketika diberi peluang untuk membuat penggulungan portfolio tugas, mereka menggunakan masa yang ada untuk menyerang Datuk Husam dan apabila beliau bangun untuk memberi penjelasan bela diri, tidak beri peluang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kebebasan bersuara terpandu, akauntabiliti kerajaan dan tanggungjawab memberikan penjelasan terhadap urusan negeri dan rakyat menjadi fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Namun sebaliknya yang berlaku dalam persidangan Dun Kelantan baru-baru ini.

“Apa yang berlaku di persidangan DunKelantan sangat mengecewakan kita apabila kebanyakan Exco Kerajaan tidak serius menggulung portfolio tugas yang diamanahkan untuk menyelesaikan isu rakyat,” katanya.

Beliau kesal kerana banyak masa terbuang semata-mata untuk menyerang Husam dengan isu remeh temeh yang tiada kaitan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.

“Ini menunjukkan Exco kerajaan negeri tidak serius untuk menerangkan isu berkaitan bidang kuasa masing-masing atau adakah mereka tiada tugas dan kerja yang dibuat untuk kepentingan rakyat?” soalnya.

Mengambil contoh Exco Kerajaan Tempatan Abdul Fattah Mahmood, beliau berkata pihak kerajaan hanya mampu memberi jawapan ala kadar apabila penggulungan beliau tidak menerangkan kejayaan kerajaan negeri tetapi seolah-olah hanya menjadi wakil sebuah syarikat yang telah berjaya membina rumah.

“Exco Kerajaan Tempatan hanya boleh berbangga dengan membaca kelulusan rumah mampu milik yang dibuat syarikat bukan dari kerajaan.

“Agenda untuk anak muda langsung tidak disentuh sedangkan beliau sudah pun mengambil tugas portfolio Belia dan Sukan dari Adun Bunut Payong Dr Ramli Mamat,” katanya.

Menurutnya, Pemuda Amanah Kelantan bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar dan Exco Pendidikan Datuk Dr Fadzli yang serius membuat pengulungan bidang kuasa yang ditetapkan serta kelihatan profesional dalam perbahasan.

“Diharap agar Menteri Besar dapat memberi nasihat supaya Exco Kerajaan dapat menjalankan tugas dengan betul serta melantik Exco yang tepat untuk menjawab atau membuat penggulungan mengikut bidang kuasa demi kepentingan rakyat.

“Kami mengharapkan agar fungsi Dun badan legislatif yang mulia dapat dikembalikan sebagai tempat membincangkan dasar serta menyelesaikan masalah rakyat kerdil yang mahukan wang dan harta negerinya dijaga urus dengan berkesan,” katanya.

TAGS