Anak muda yang akan bayar duit dicuri MO1 dan Jho Low

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Najib Jho LowPengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad menyifatkan golongan muda di negara ini menjadi mangsa kepada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyaksikan kehilangan wang sebanyak RM42 bilion.

Menurutnya, wang tersebut hilang akibat gejala kleptomania membabitkan ‘Malaysian Official 1’ dan Riza Aziz iaitu anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Low Taek Jho atau Jho Low.

“Duit yang hilang ini akan dibayar oleh anak muda. Duit itu hilang kerana ‘Malaysian Official 1’, tidak tahulah siapa dia, Jhow Low, Riza Aziz dan lain-lain juga.

“Mereka ini didapati membersihkan duit yang dicuri. Kalau curi RM100, RM200 simpan dalam poket, belanja makan habislah.

“Kalau dah curi sebanyak RM1 bilion, bawah TV tidak boleh simpan kena cari tempat nak simpan dan bersihkan. Tempatnya ialah dengan membawa duit itu ke Amerika Syarikat membeli dollar Amerika dan pelbagai benda.

“Sebabnya duit itu terlalu banyak, kena bersihkan duit itu dengan membeli barang. Itulah caranya. Proses inilah yang dipanggil kleptomania yang bermakna ‘gila curi’.

“Orang yang suka mencuri dipanggil kleptomaniac, negara yang suka mencuri dipanggil kleptokrasi,” ujarnya dalam forum ‘Anak Muda Cari Jho Low’ di ibu negara semalam.

Mengakui tertarik dengan program itu kerana dianjurkan oleh anak muda, Tun Mahathir berkata, golongan muda menjadi mangsa untuk membayar hutang akibat kleptokrasi itu dengan dikenakan lebih banyak cukai.

“Amerika marah sangat pasal bawa duit itu ke Amerika lepas itu nak bersihkan duit itu, guna bank Amerika, beli barang di Amerika, tipu di Amerika.

“Bukan kerana kecurian itu sahaja tetapi percubaan untuk membersihkan wang itu yang menjadi kesalahan di Amerika.

“Di Malaysia, kesalahannya duit itu dicuri. Duit siapa? Duit 1MDB. Dari mana datang? 1MDB hutang, dijamin oleh kerajaan. Kalau tidak boleh bayar hutang, kerajaanlah.

“Kalau kerajaan tiada duit (nak bayar hutang), (buat) lebih banyak cukai. Siapa kena cukai? Semua anak muda. Anak muda yang kena bayar,” jelas bekas Perdana Menteri itu.

Sehubungan itu, beliau berpendapat tidak mustahil kadar cukai GST dinaikkan walhal sebelum ini negara boleh dimajukan tanpa cukai enam peratus yang turut tidak mengecualikan rakyat miskin itu.

“Nak bayar RM42 bilion, guna banyak wang dan masa. Kena faedah lagi kena bayar. Bila duit tiada, kerajaan buat GST.

“Dulu tiada GST boleh bangunkan negara. GST diadakan kerana Najib nak curi duit. Kita mempunyai kerajaan yang mencuri,” tegas Mahathir lagi.

7.5
OVERALL SCORE
: 5.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS