Anak Sarawak terbiar kesakitan di Johor

Anak Sarawak terbiar kesakitan di Johor

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kemalangan yang berlaku telah meragut keupayaan anak kelahiran Sarawak, Abdul Rahman Wasli,45, sekaligus melenyapkan impiannya apabila beliau melalui situasi terlantar sakit tanpa keluarga di sisi.

Beliau terpaksa meninggalkan keluarga untuk berhijrah ke Semenanjung dengan bekerja sebagai seorang penjaga stor di sebuah kilang perabut di Johor dengan harapan agar rezeki diperoleh akan dapat dikongsi bersama keluarganya.

Andri Zulkarnaen (kanan) membawa pulang Abdul Rahman yang dibawa keluar dari sebuah kilang yang menjadi tempat tinggalnya sejak terlantar sakit.

Bagaimanapun beliau mengalami kemalangan dilanggar sebuah motorsikal  dalam satu kejadian tiga bulan lalu itu,  menyebabkan Abdul Rahman hilang upaya kerana pergerakannya terbatas kemudiannya diberhentikan kerja oleh majikan.

Sejak itu Abdul Rahman hanya terbaring sendirian dan sukar bergerak kerana mengalami kecederaan di bahagian tulang leher yang patah.

Atas ihsan bekas rakan sekerjanya menghulurkan bantuan makanan kepadanya sejak hilang pekerjaan.

Dalam keadaan kurang upaya itu nasibnya ibarat ‘jatuh ditimpa tangga’ apabila terputus pula hubungan dengan keluarganya di Tudan Miri, Sarawak. Ini kerana ketiadaan kelengkapan perhubungan seperti telefon dan sebagainya semenjak beliau keluar dari hospital akibat kemalangan yang lalu.

Berbumbungkan kilang kosong dan tersembunyi di Tampoi Johor Bahru, Abdul Rahman berteduh membilang hari dan nasibnya.

Beliauhanya mampu berdoa agar dirinya dapat bersama keluarganya di Miri bagi mendapatkan penjagaan yang lebih rapi.

Abdul Rahman (kanan) bersama ahli keluarganya di Miri Sarawak.

Difahamkan, keluarga Abdul Rahman di Sarawak juga dalam kebimbangan berkenaan keadaan dirinya setelah gagal menjejakinya.

Justeru keluarganya telah mendapatkan bantuan dari seorang yang boleh dipercayai yang boleh mencari Abdul Rahman.

Melalui bekas calon Parti AMANAH Negara (AMANAH) di Dun Beting Maro Andri Zulkarnaen Hamden adalah individu yang telah dihubungi oleh keluarga Abdul Rahman bagi mendapatkan khidmat bantuan dalam misi mencari Abdul Rahman yang telah terputus hubungan selama hampir sebulan.

Andri Zulkarnaen atau lebih dikenali sebagai Hud dengan bantuan seorang kenalannya yang menetap di Johor, berusaha menghubungi rakan-rakannya di Johor dan akhirnya tempat kediaman Abdul Rahman dapat dikesan.

Berbekalkan sumbangan orang ramai dan kos tanggungan sendiri, Hud telah melangkah dalam misi membawa pulang Abdul Rahman.

Pada 17 November lalu, segala yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik.

Keadaan Abdul Rahman dilihat terlalu daif dengan hanya berbekalkan alas yang usang terbiar di sebuah kilang kosong.

Abdul Rahman terlalu berbesar hati dengan kehadiran misi bantuan yang diketuai oleh Hud dari Sarawak melalui sumbangan orang ramai, akhirnya  Abdul Rahman berjaya dibawa pulang kepangkuan keluarganya.

Usaha yang dilakukan ini menjadikan ia suatu peristiwa yang menyayat hati apabila keluarga Abdul Rahman telah menyambut kepulangannya dengan gembira sekali.

Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyumbang dan kepada AMANAH yang terdiri daripada, Ketua Amanah Pasir Gudang Syed Othman, Presiden Anak Malaysia Mazlan Aliman dan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada Hud yang telah bertungkus lumus dalam misi bantuan mencari dan menyelamat ini.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS