Anggap kes tembak pemandu bekas AG tiada kaitan 1MDB pramatang

Anggap kes tembak pemandu bekas AG tiada kaitan 1MDB pramatang

Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Mohd Fuzi Harun bahawa kejadian tembakan pemandu bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, tiada kaitan dengan kes 1MDB dianggap pramatang (premature) memandangkan siasatan terhadap kes itu masih berjalan.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, tanpa sebarang tangkapan suspek atau pengumuman penemuan bukti-bukti berkaitan kes, amat sukar untuk umum menerima bahawa pihak polis sudah boleh menyimpulkan kejadian ini langsung tiada kaitan dengan kes 1MDB.

“Tambahan pula kes ini mempunyai kaitan langsung kepada seorang individu – bekas Peguam Negara – yang pernah terlibat dalam siasatan ke atas skandal mega 1MDB,” katanya.

{loadposition myposition}

Oleh kerana kejadian itu baru seminggu berlaku, katanya tidak mustahil umum menyimpulkan kenyataan KPN sebagai pramatang.

Malah badan penyiasat Amerika Syarikat (FBI) katanya mengesyakki kejadian tembakan ini mungkin satu usaha untuk mendiamkan saksi dalam kes Jabatan Kehakiman (DOJ) terhadap 1MDB.

“Kenyataan KPN ini hanya mengukuhkan persepsi umum bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kes ini.

“Oleh itu saya berharap pihak Polis Di-Raja Malaysia akan mengambil serius isu persepsi ini, kerana ia mempunyai implikasi terhadap tahap kepercayaan umum terhadap institusi-institusi di Malaysia,” katanya.

CATEGORIES
TAGS