Angin, tanah dan air bersatu di Taman Metropolitan Kepong

Angin, tanah dan air bersatu di Taman Metropolitan Kepong

LENSA membawa anda melihat aktiviti di Taman Metropolitan Kepong atau lebih dikenali pengunjung sebagai Taman Layang-Layang yang terletak 20km dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Tempat riadah ini berkeluasan 90 hektar antara kawasan riadah yang sangat popular dikalangan warga kota di sekitar Kuala Lumpur.

Taman ini dilengkapi trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk permainan layang-layang selain sekawan ikan pelbagai di tasik yang tenang.

Setiap petang Sabtu dan Ahad, taman ini dipenuhi pengunjung yang bersantai bersama-sama keluarga, berkelah, atau bermain layang-layang.

Lokasi Taman Metropolitan terletak di sebelah kiri, berhampiran Jalan Lingkaran Tengah II jika dalam perjalanan dari Selayang atau Batu Caves menuju ke Kepong.

Terbang melawan arus angin deras di kebiruan langit.

 

Golongan remaja juga tidak melepaskan peluang mengasah kemahiran mengendalikan papan luncur.

 

Belon buih gergasi antara aktiviti riadah

 

Orang ramai memberi makanan kepada sekelompok ikan di tasik.

 

Ikan-kan berebut menelan makanan.

 

Silhoutte pemandangan tasik antara daya tarikan di sini.

 

730 total views, 8 views today

CATEGORIES