Anina turut tempelak Presiden Pas takut berkata benar

Anina turut tempelak Presiden Pas takut berkata benar

‘Wanita besi’, Anina Saadudin yang dikenali secara terbuka menyerang Perdana Menteri Mohd Najib Razak ekoran kontroversi derma RM2.6 bilion secara langsung turut menempelak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

‘Wanita besi’, Anina Saadudin yang dikenali secara terbuka menyerang Perdana Menteri Mohd Najib Razak ekoran kontroversi derma RM2.6 bilion secara langsung turut menempelak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas ahli wanita Umno Langkawi itu menerusi status Facebook beliau petang ini menyelar golongan agamawan sama ada berada di dalam mahu pun diluar kerajaan yang takut memperjuangkan kebenaran.

“Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri.

“Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda,” bidasnya.

Sambil menegaskan tidak perlu mereka terbabit mengemukakan alasan kepada beliau sebaliknya jawablah di hadapan Allah, Ainina turut mengecam golongan berpendidikan dan berpangkat tinggi yang mengambil sikap berdiam diri dengan krisis kepimpinan pada masa ini.

“Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya.

“Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Dato Seri, Dato, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri,” tegasnya.

Imej yang terdapat dalam profil facebook AninaMenurut wanita berusia 40 tahun ini, tiada apa yang beliau takutkan dalam perjuangan bahkan tidak akan berundur walau setapak kerana jihadnya hanya pada Allah demi bangsa, agama dan negara.

“Jangan bimbangi saya. Allah tidak lahirkan saya oleh ibu saya di benua Afrika atau benua Eropah atau di tempat-tempat lain. Allah takdirkan saya lahir di negara ini, MALAYSIA.

“Terlalu banyak nikmat-Nya untuk saya termasuk pancaindera, anak-anak, keluarga, kawan-kawan yang sayangi saya serta wang ringgit yang mencukupkan kehidupan.

“Jika Allah takdirkan untuk saya pada saat ini, dalam perjalanan hidup saya untuk sampai masanya memenuhi tuntutan sebab kenapa saya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, maka saya akan korbankan jiwa dan raga untuk bangsa, agama dan negara saya,” jelasnya.

Anina serta dua plaintif lain termasuk Tun Mahathir Mohamad dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam menfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.

“Bukan salah parti Umno yang memerdekakan negara, membangunkan negara fizikal dan ekonomi serta memelihara kesepakatan kaum, tetapi salah Najib Razak dan konco-konconya yang menderhakai parti Melayu,” tambahnya lagi.

Tinjauan Malaysia Dateline pagi ini mendapati status Facebook tersebut kemudiannya dikongsi lebih 71 netizen selain menerima lebih 1.7k ‘likes’ sejak dimuat naik semalam.

TAGS