Anjing dan batang kayu turut dibawa dalam himpunan hari ini

Anjing dan batang kayu turut dibawa dalam himpunan hari ini

Kejadian tidak diingini boleh berlaku berlaku dalam perhimpunan Bersih dan Baju Merah hari ini jika tidak dibendung segera apabila ada antara mereka membawa senjata termasuk anjing dan kayu.

Kumpulan peserta Baju Merah yang kelihatan membawa kayu dalam demontrasi diadakan hari ini.

Kejadian tidak diingini boleh berlaku berlaku dalam perhimpunan Bersih dan Baju Merah hari ini jika tidak dibendung segera apabila ada antara mereka membawa senjata termasuk anjing dan kayu.

Peserta ini dipercayai tidak mematuhi peraturan oleh pihak penganjur perhimpunan Bersih 5 yang diadakan hari ini.

Terdapat penyokong Baju Kuning yang membawa anjing untuk turut berdemontrasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tidak kurang juga dengan gelagat peserta Baju Merah yang didapati membawa batang kayu, mereka berhimpun di sekitar Jalan Raja Laut.

Dalam perhimpunan Bersih 5 kali  Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengerahkan seramai 7,000 anggotanya untuk mengawal keselamatan peserta Bersih 5 daripada dua kumpulan Baju Kuning dan Baju Merah hari ini. 

Seawal pagi tadi polis berjaya memisahkan dua kumpulan itu yang mana Baju merah  dari Padang Merbok menuju ke Jalan Raja Laut dan Baju Kuning  dari  Dataran Maybank dan Masjid Negara ke Dataran Merdeka untuk mengelakkan dua kumpulan tersebut bertembung bagi mengelakkan kejadian tidak dingini berlaku. 

 

TAGS