Annuar Musa panik, buat tuduhan ‘gila’ ke atas DAP

Annuar Musa panik, buat tuduhan ‘gila’ ke atas DAP

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa sedang panik dengan partinya yang gagal meletakkan kepentingan rakyat di hadapan sehingga terpaksa membuat tuduhan 'gila' terhadap DAP, kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sheikh Omar AliKetua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa sedang panik dengan partinya yang gagal meletakkan kepentingan rakyat di hadapan sehingga terpaksa membuat tuduhan ‘gila’ terhadap DAP, kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali.

Beliau berkata, Annuar tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan rakyat apabila perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menjalinkan hubungan baik dengan China.

“Dulu Umno tak sudah-sudah momokkan DAP sebagai komunis. Sekarang Najib sendiri pergi ‘deal’ dan tandatangan perjanjian melibatkan sektor dan kepentingan awam negara dengan China.

“Mungkin Annuar Musa panik dan ‘meroyan’, tak tahu bagaimana nak berdepan dengan rakyat apabila pemimpin Umno BN sendiri menjalinkan hubungan intim dengan negara berideologi komunis itu.

“Lalu, macam-macamlah dakwaan ‘gila’ yang tidak berasas dan tak masuk akal direkayasa oleh Ketua Penerangan Umno ini untuk melemahkan DAP dan parti-parti pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Najib menandatangani 14 perjanjian dengan negara China baru-baru ini yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai ‘menjual’ negara kepada pemerintah berideologi komunis itu.

Semalam Annuar mendakwa DAP kini cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang.

Dakwanya, langkah itu sebagai usaha DAP memerintah negara secara senyap dan menjadikan wakil Melayu ‘sebagai boneka’.

Mengulas lanjut, Sheikh berkata, dakwaan itu merupakan kempen dan serangan Umno ke atas DAP bag melemahkan parti itu.

“Cadangan ini pastilah akan menjadi sebahagian penting daripada keseluruhan ‘story board’ untuk kempen dan serangan Umno keatas DAP selepas daripada ini.

“Inilah signifikan kenyataan tak masuk akal Annuar Musa ini dibuat dalam perhimpunan penerangan Umno,” katanya.

TAGS