Antara kesederhanaan, toleransi dan ekstrem

Antara kesederhanaan, toleransi dan ekstrem

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Penahanan pensyarah terkenal antarabangsa Mustafa Akyol, seorang warga Turki, di lapangan terbang Antarabangsa KLIA menggemparkan dan memalukan Malaysia sekali lagi.

Tiada banyak berita yang positif dan baik dari Malaysia kebelakangan ini. Hanya campur tangan bekas Perdana Menteri Turki Abdullah Gul dan beberapa orang kenamaan dari kalangan Istana telah dapat membebaskan beliau untuk berlepas ke Amerika Syarikat di mana beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Denver dan pernah juga memberi syarahan di Universiti Oxford.

Beliau tidak pernah ditahan dimana-mana Negara sebelum ini dan berpendapat hanya sebuah negara yang ultra konservatif di benua Arab di jangka boleh bertindak sedemikian rupa, tetapi tidak dijangka bolEh berlaku di Malaysia.

Apa telah terjadi kepada Malaysia Negara yang kita pernah kenal penuh dengan toleransi dan pemimpin yang bijaksana terdahulu? Baru-baru ini isu kedai dobi untuk orang Islam sahaja, insiden penahanan seorang lelaki berseluar pendek diambil tindakan dan sekarang seorang pensyarah yang dijemput oleh pihak NGO – Islamic Renaissance Front pula ditahan oleh JAWI.

Soalannya bukan hanya orang persendirian yang melakukan perkara ini tetapi pihak Kerajaan di pihak tertinggi juga menjadi pencetus perbuatan extrim seperti ini.
Seorang mufti dari Negeri pantai timur Pahang telah menyatakan secara terbuka bahawa ahli parti DAP adalah dari golongan kafir harbi dan boleh di perangi. Ada juga guru agama tertentu secara terbuka menghukum sesama Islam halal darah, di mana mereka ini boleh di hapuskan.

Kerajaan berdiam diri tanpa tindakan. Sebenarnya para extremis agama telah berada di kalangan kita dan tak perlu kita menunggu kemasukkan ISIS atau Daesh untuk membawa masuk budaya takfiri ke dalam negara kita. Kenapa kerajaan mengambil sikap terus berdiam diri?

Kalau kerajaan boleh menangkap mereka yang dituduh kononnya “liberal” kenapa tiada tindakan langsung ke atas mereka yang mengeluarkan kenyataan pelampau dan extrim seperti tuduhan khafir harbi serta halal darah?

Tidak ada kenyataan langsung yang dibuat. Bukankah tindakkan kenyataan extrim ini lebih merbahaya kerana melibatkan keselamatan nyawa mereka yang dituduh?

Nampak gayanya apabila kenyataan ditujukan kepada pihak kurang mesra kerajaan dibuat tidak ada tindakan walaupun betapa bahayanya kepada nyawa yang dituduh.

Menteri luar Malaysia Datuk Anifah Aman baru-baru ini telah menyatakan badan Global Movements of Moderates yang telah ditubuhkan oleh Najib untuk mengutamakan konsep sikap kesederhanaan, akan dihantar ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PPB) untuk bercakap tentang sikap anti extrimis dan mengajar nilai kesederhanaan.

Mengapakah kerajaan membenarkan sikap yang extrim dan takfiri terus ujud di negara sendiri tetapi menampilkan image kesederhanaan di peringkat antarabangsa ? Ini lebih ketara dengan hampirnya tarikh PRU 14. Rakyat Malaysia amat keliru dan kecewa sementara masyarakat antarabangsa memandang sikap kerajaan penuh kontradiksi dan banyak percangahan.

Sudah sampai masanya Malaysia kembali kepada polisi sikap penuh kesederhannan dan toleransi yang telah di hormati dunia dahulu. Sikap kerajaan hari ini mengundang golongan extrim tempatan berkembang dan menambah pengaruh mereka. Pertumbuhan pihak extrim tempatan ini adalah jauh lebih merbahaya dari kemasukan pelampau agama seperti ISIS dari luar. Anak serta cucu kita mungkin akan menjadi mangsa golongan ini. Islam mengajar kesederhanaan serta toleransi dalam berdakwah dan inilah yang membuat Malaysia pernah dihormati dan dicontohi oleh Negara lain sebelum ini. Apa telah terjadi kepada Negara Malaysia kita yang pernah kita kenali dan berbangga satu masa dahulu ?

CATEGORIES