Anwar anggap Dr Mahathir sokong agenda reformasi

Anwar anggap Dr Mahathir sokong agenda reformasi

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Anwar Ibrahim beranggapan Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong agenda reformasi apabila datang ke mahkamah menemui beliau bagi menyokong permohonan beliau agar akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) di kaji dari segi kedudukannya dengan perlembagaan.

“Beliau bersedia datang ke mari dan menyatakan sokongannya dengan permohonan (mahkamah) ini dan mengucapkan saya supaya sentiasa sihat dan dengan itu saya anggap beliau menyokong agenda reformasi,” kata Anwar kepada wartawan.

Dr Mahathir datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi memberikan sokongan kepada Anwar dalam saman beliau itu.

Bagi Anwar, beliau menghargai langkah Dr Mahathir itu.

“Saya hargainya… hakikat bahawa beliau cukup baik hati dan menyokong permohonan ini, (beliau) ucapkan selamat berjaya dan sentiasa sihat,” katanya.

Namun, kata Anwar, beliau tidak sepenuhnya mempercayai sokongan Dr Mahathir kepada agenda reformasi beliau namun, katanya, “kami akan terus berunding.”

Bagi bekas timbalan perdana menteri yang kini dipenjarakan di Sungai Buluh itu, perkara utama sekarang adalah rakyat.

“Pendirian saya, nombor satu, (adalah) kebajikan rakyat paling utama, ini bermaksud sesiapa yang ingin berunding, mesti menerima agenda perubahan kami,” katanya.

Bagi beliau, ini bukan mengenai mempercayai atau tidak.

“Sesiapa yang menyokong agenda reformasi mesti diberi peluang untuk bersama,”katanya.

Anwar berkata, hakikat bahawa Dr Mahathir bersedia datang bertemu beliau dan menyatakan sokongannya dengan permohonan (mahkamah) ini dan mengucapkan supaya beliau sentiasa sihat boleh dianggap sebagai Dr Mahathir menyokong beliau.

Selain sokongan terhadap permohonan mengkaji akta MKN ini, Anwar dan Dr Mahathir juga berbincang mengenai perkara lain.

“Kami membincangkan isu lain hanya secara umum. Tumpuan kami kepada permohonan (halang Akta MKN) tetapi kami juga membincangkan isu-isu lain, tetapi kami akan mengumumkannya,” kata Anwar.

TAGS