Anwar berjiwa besar hulur tangan pada Dr Mahathir, kata Mahfuz

Anwar berjiwa besar hulur tangan pada Dr Mahathir, kata Mahfuz

Kesediaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bekerjasama dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi melakukan perubahan politik menggambarkan beliau seorang yang berjiwa besar, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Kesediaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bekerjasama dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi melakukan perubahan politik menggambarkan beliau seorang yang berjiwa besar, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz melahirkan rasa terharu apabila Anwar dalam satu kenyataan melalui peguamnya dari penjara Sungai Buluh mendukung penggemblengan kekuatan merentasi ideologi politik bagi tujuan menggerak usaha menuntut Datuk Seri Najib Razak mengundurkan diri daripada jawatan Perdana Menteri.

“Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperlihatkan betapa berjiwa besarnya beliau menghulurkan tangan kepada orang seperti Tun Mahathir yang pernah menyingkir, memecat dan menganiayainya dalam konspirasi politik menjatuhkan beliau sebagai TPM dan kemudiannya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

“Kesediaannya sebagai lambang kesatuan hati bersama rakyat dan rakan-rakan hanya semata-mata demi negara dan rakyat tercinta yang memerlukan perubahan, penambahbaikan dan pembelaan untuk suatu kehidupan yang damai dan sejahtera,” ujarnya.

Mahfuz menyifatkan kesediaan Anwar itu sebagai pengorbanan yang sangat tinggi untuk terus menggerakkan perjuangan mereformasi institusi yang dicengkam oleh salah guna kuasa.

Pengorbanan Anwar, katanya perlu disambut oleh semua peringkat rakyat dengan mendesak Najib berundur daripada tampuk kuasa seterusnya menggerakkan reformasi institusi bagi menegakkan keadilan untuk semua.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya mengajak seluruh masyarakat mendoakan agar kesihatan, kesabaran, kekuatan dan kekentalan serta keimanan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tetap istiqamah dengan perjuangan bagi memertabatkan keadilan untuk rakyat Malaysia.

“Kita mendoakan agar beliau segera bebas sekaligus bersama dengan pengunduran Najib dan reformasi Negara,” ujar Mahfuz.

Dalam satu kenyataan lewat malam semalam, Anwar menyokong pendirian masyarakat sivil, parti politik dan individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan lain-lain pihak untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman mendesak Najib supaya berundur.

Menurut Anwar, Najib perlu didesak meletakkan jawatan kerana gagal mentadbir negara.

TAGS