Anwar  gesa rakyat sertai himpunan Bersih 5

Anwar gesa rakyat sertai himpunan Bersih 5

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menyertai Perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November 2016 ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menyertai Perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November 2016 ini.

Katanya, walaupun segala ikhtiar telah dilakukan untuk negara memperkasa demokrasi tetapi ia dimungkiri.

“Kita sudah gunakan segala ikhtiar untuk memastikan negara memperkasa demokrasi yang diikrarkan dalam Perisytiharan Kemerdekaan 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

“Di antara tunggak proses tersebut adalah pelaksananaan pilihanraya adil dan bersih.

“Selama ini amanah tersebut dimungkiri. Tuntutan Bersih 2.0 juga diketepikan.

“Maka saya menyeru semua rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih 5 dengan semangat setiakawan pada 19 November 2016.

“Kehadiran saudara-saudari akan membantu menjana perubahan di negara Malaysia tercinta,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bersih 2 akan menganjurkan himpunan Bersih 5 untuk menuntut lima perkara kepada kerajaan selain mahukan pilihan raya yang adil dan bersih.

Walaupun Menteri Dalam NegeriDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan semalam mahu himpunan bersih dan kumpulan Baju Merah membatalkan demontrasi masing-masing.

Dalam usaha merealisasian perhimpunan Bersih 5 ini penganjurnya dilemparkan tuduhan kononnya gerakan reformasi pilihan raya itu sebelum ini pada  Bersih 4 ditaja oleh jutawan Amerika Syarikat, George Soros.

Satu dokumen yang didakwa dari jaringan geran antarabangsa, Open Society Foundation (OSF) mendakwa bahawa pengasasnya, Soros, mempunyai “kepentingan peribadi” dalam pilihan raya Malaysia.

Justeru Ahmad Zahid mengarahkan agar dakwaan bahawa Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini dibiayai Soros disiasat.

Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pula dipetik berkata, akan berbincang dengan peguam dengan dakwaan tersebut.

“Jika mereka mahu siasat kami, silakan. Setakat ini, untuk perhimpunan Bersih 4 dan 5, wang itu adalah dari orang ramai.

“Kami sedang berbincang dengan peguam kami. Tindakan akan kami ambil bergantung kepada apa yang peguam kami kata,” kata Maria Chin.

Walaupun penganjur Bersih dikecam kerana didakwa menerima dana daripada Soros, namun Maria menafikan sekeras-kerasnya dan sedia mengemukakan akaun Bersih yang menunjukan dana diperoleh adalah daripada rakyat negara ini.

TAGS