Anwar terus bersemangat walaupun jasad terpenjara

Anwar terus bersemangat walaupun jasad terpenjara

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba ke kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini bagi meneruskan rayuan beliau agar dibebaskan.

Walaupun terpenjara lebih setahun sehingga kini, semangat Anwar jelas masih tinggi apabila memberikan senyuman kepada jurugambar dan keluarga beliau.

Hari ini mahkamah bersidang bagi mendengar semakan kehakiman Anwar Ibrahim bersama isteri dan anak-anaknya melawan Lembaga Pengampunan dan Kerajaan Malaysia.

Di luar, desakan agar Anwar dibebaskan terus berkumandang termasuk semasa himpunan Mansuhkan GST Sabtu lepas.

Ia juga disuarakan semasa Kongres Rakyat 27 Mac lepas.

TAGS