Anwar tetap calon PM – MPT PKR

Anwar tetap calon PM – MPT PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dikekalkan sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan parti-parti pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dikekalkan sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan parti-parti pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Demikian dinyatakan oleh ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) PKR, Datuk Abdullah Sani Yaacob ketika berucap di ceramah mega di Wisma Tok Guru Salor, malam tadi.

“Sebagai ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail akan kita lantik sebagai perdana menteri “interim” sekiranya Datuk Seri Anwar masih tidak dapat bertanding,” katanya.

Persetujuan sejak dalam gabungan Pakatan Rakyat dahulu katanya, terus dipersetujui oleh gabungan baru Pakatan Harapan (PH).

“Saya yakin parti-parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang akan menerima persetujuan ini yang telah jelas menjadi inspirasi

rakyat yang mahu keadilan ditegakkan,” katanya.

Anwar yang ditolak permohonannya untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Rayuan minggu lalu tidak dapat bertanding dalam PRU14.

Menurut Abdullah dengan termeterai perjanjian Pakatan Harapan (PH) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), hasrat gabungan pembangkang untuk menguasai Putrajaya semakin terbuka luas.

“Saya percaya seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan mahu negara ini diurus dengan baik akan bersama pakatan baru ini yang berazam menurunkan Datuk Seri Najib Razak yang telah memporakperandakan politik dan ekonomi negara kita.

“Rakyat sudah tidak tahan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan Najib seperti dalam skandal 1MDB dan penindasan ekonomi melalui GST,” katanya.

Dalam pembentangan bajet 2017 baru-baru ini katanya, bidang pendidikan dan kesihatan telah dikurangkan peruntukan yang banyak selain pelbagai bantuan untuk golongan bawahan yang dihapuskan bertindak membuat bantahan yang sengit dan akhirnya kami bertindak keluar dewan.

“Malangnya ada ahli parlimen dari parti tertentu bertindak berkecuali, sesuatu yang amat pelik kerana mereka seolah-olah membutakan

mata dan memekakkan telinga terhadap tindakan zalim kerajaan Najib,” katanya.

Abdullah Sani yang juga ahli parlimen Kuala Langat turut kesal dengan tindakan kerajaan dalam isu kezaliam terhadap minoriti Muslim Rohingya.

“Di parlimen bila Raja Bahrin mencadangkan usul mengutuk tindakan ke atas Rohingya, pihak kerajaan menolak begitu sahaja.

“Apa yang mengejutkan selepas berlangsung perhimpunan agung Umno, perdana menteri bersama presiden Pas mengetuai demonstrasi dalam isu itu.

“Satu tindakan yang memalukan kerana sebagai sebuah kerajaan, Najib sepatutnya menggunakan kuasanya untuk mengambil tindakan seperti memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang menceroboh hak asasi manusia,” katanya.

TAGS