Apa nasib Bernand selepas enam bulan diculik?

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Selepas lebih enam bulan diculik, kepala yang dipercayai milik rakyat Malaysia, Bernand Then Ted Fen, 39, dilaporkan ditemui berdekatan bangunan majlis perbandaran di Pulau Jolo, selatan Filipina malam tadi.

Anggota tubuh jurutera elektrik itu dijumpai di dalam satu karung oleh seorang pekerja pembersihan kira-kira jam 8 malam di Jalan Marina dengan nota tertera nama Bernand.

Walau bagaimanapun, anggota tubuh lain di sekitar lokasi penemuan tersebut tidak ditemui.

Menurut Ketua Polis Jolo, Superintenden Mejar Junpikar Sitin, penemuan tersebut dimaklumkan kepada pakar forensik Filipina (SOCO) sebelum pemeriksaan lanjut dan ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) bagi mengetahui identiti pemilik sebenar.

Bernand dilaporkan media asing terbunuh selepas ditembak dan dipenggal kepalanya oleh pengganas Abu Sayyaf dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan tentera Filipina di perkampungan Bud Taran, Indanan Kepulauan Jolo kira-kira jam 4 petang.

Bernand dari Sarawak merupakan tebusan rakyat Malaysia terakhir yang diculik dari Ocean King Seafood Restaurant di Sandakan Mei lalu selepas membebaskan pengurus restoran itu, Thien Nyuk Fung, 50, pada 8 November lalu. 

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan nasib Bernard.

“@PDRMsia sedang berusaha dapatkan pengesahan dari selatan Filipina. Kita doakan Bernand selamat,” katanya dipetik dari laman itu.

TAGS