Apabila Trump membuat kejutan, ringgit Malaysia tersepit

Apabila Trump membuat kejutan, ringgit Malaysia tersepit

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

1. Calon Republikan, Donald Trump membuat kejutan buat masyarakat dunia dan Amerika Syarikat khasnya, apabila memenangi pilihan raya Presiden Amerika ke-45, mengalahkan calon popular Demokrat Hilary Clinton.

2. Sesuai dengan status demokrasi tertua di dunia dan paling matang, sistem pilihanraya Amerika Syarikat adalah paling kompleks dan rumit di atas muka bumi ini. Sebahagian besar rakyatnya sendiri tidak memahaminya.

3. Secara ringkas, bagi mengelakkan ‘kezaliman’ ke atas negeri-negeri kecil yang bergabung di bawah persekutuan itu, pengasas negara-bangsa ini atau ‘founding fathers’ merumuskan sistem pemilihan ‘electoral college’ bagi memilih Presidennya.

4. Lalu, semakin besar sesuatu negeri (state) semakin banyak jumlah undi ‘electoral college’ diperuntukan. Sebagai contoh, Texas yang punya 25 juta penduduk diberikan 38 undi ‘electoral college’ sementara Delaware yang hanya ada 936,000 penduduk mendapat 3 undi. Sejumlah 538 undi ‘electoral colleges’ dipertarungkan untuk seluruh persekutuan Amerika Syarikat. Calon yang menang mendapat undi ‘electoral college’ tersebut, sementara undi keseluruhan rakyat dihitung bagi menentukan ‘undi popular’ seseorang calon presiden.

5. Dari satu segi pemilihan presiden dibuat secara tidak langsung olih rakyat yang seolah-olah memilih ‘electoral college’, dan jumlah undi ‘electoral college’ menentukan calon yang menang. Untuk menang, seorang calon presiden mesti melepasi angka 270 undi ‘electoral college’. Pada saat penulisan, Trump mendapat 279 undi di peringkat ‘electoral college’ mengalahkan Clinton yang mendapat 228 undi. Namun di segi undi popular (jumlah undi seluruhnya) Clinton mengatasi Trump.

6. Trump, sekarang seorang bakal presiden atau titlenya ‘President-Elect’ bakal dinobatkan pada 20 Januari 2017 sekaligus menjadi Presiden Amerika yang tertua dalam sejarah. Trump akan berusia 71 tahun pada 14 Jun 2017, beberapa bulan selepas mengemudi White House dan berada di Oval Office, pejabat resmi presiden Amerika. Hilary Clinton juga berusia 69 tahun. Perlembagaan Amerika hanya meletakkan syarat kelayakan 35 tahun dan tidak ada had umur untuk bertanding.

7. Ternyata faktor umur bukan menjadi punca kontroversi dalam pilihanraya presiden, antara dua pesaing utama, paling tua ini. Namun tidak ada pertikaian bahawa inilah persaingan paling sarat kontroversi. Sukar buat penulis membuat rakaman sejarah ini tanpa bias untuk benar-benar adil.

8. Pun begitu, penulis akan secara selektif memfokas dan melontarkan beberapa pengamatan penulis di segi nilai strategik ilmu dan pengalaman pilihanraya.

9. Mengapa Trump mampu memintas Clinton di hari pembuangan undi dan pada peringkat akhir kempen pilihanraya ini? Bagaimana Trump berjaya meledak disaat saat akhir yang langsung tidak dapat dibaca pelbagai pundit politik, konsultan dan dari kesemua ‘pengkaji pilihanraya’ atau ‘pollsters’ adalah perkara atau hakikat yang mesti diakui semua.

10. Sejarah akan merakamkan keunikan dan kejutan kejayaan Trump. Semua strategis, konsultan dan ‘pollsters’ mesti dipecat atau dalam bahasa Trump; ‘You’re fired!’. Sangat mengaibkan dan memalukan pakar-pakar, profesor-profesor dan penganalisis yang veteran. Pelbagai telahan dan unjuran dan ‘nujum’ mereka tersasar dan meleset.

11. Perincian ‘post-mortem’ atau bedah-siasat, dari pelbagai sisi dan dimensi, tentunya akan melayakkan ramai pelajar pasca-siswazah sains politik untuk meraih ijazah PhD mereka.

12. Cukup untuk penulis rakamkan bahawa pertarungan sengit dan tajam di negeri-negeri penentu yang diistilahkan sebagai ‘competitive battleground states’ yang dianggap ‘negeri kritikal’ atau ‘critical states’ hampir kesemuanya dimenangi Trump termasuk Florida, Ohio, North Carolina. Trump menerobosi kubu kebal parti Demokratik atau ‘Democratic firewall’ yang jarang dilobosi Republikan dengan tidak disangka-sangka seperti Wisconsin dan Pensylvania yang tidak pernah menyokong calin Republikan sejak 1988.

13. Ini sangat menyiksa dan meleburkan pertahanan moral Demokrat, termasuk kelompok penganalisis yang semacam diserang hemdap atau ‘ambushed’ olih jentera Trump.

14. Kebencian atau tentangan dunia terhadap kemenangan selebriti realiti TV Donald Trump yang sangat ‘celupar’ itu pastinya sedang dihitung-hitung dan ditekuni olih seluruh pimpinan dunia, Barat-Eropah, China-Rusia, Timur-Tengah atau ‘MENA’ ( Middle-East North Africa), Negara Selatan, Asia dan badan-badan antarabangsa termasuk Bangsa-bangsa Bersatu dan NATO dsbnya. Israel dikatakan menggeletik keseronokan kerana janji Trump.

15. Semuanya kaget dengan ‘Presiden Trump’ di White House yang bakal diberikan Code Nuklear negara Amerika Syarikat. Retoriknya tentang ‘free trade deals’ (TPP) atau perjanjian perdagangan bebas, serentak meletakkan semua negara samada yang terlibat dalam TPP atau tidak, bukan sahaja curiga, sangsi atau suram bahkan gerun menyongsong masa depan ekonomi negara masing-masing dalam era Presiden Trump.

15. Pasaran saham dunia merudum atau jatuh seumpama ‘free-fall’ bagi mengisyaratkan penolakan kejutan keputusan semalam itu. Di Wall Street Dow contohnya Jones industrial Average, lndeks Japan Nikkei dan Hang Seng Hong Kong, apatah lagi bursa-bursa kecil negara membangun semuanya terhempas. Seolah pasaran saham dan pasaran kewangan dunia tidak langsung bersedia menerima peralihan dan ledakan ini.

16. Persoalan maha besar yang pastinya akan menjadi fokas semua post-mortem kumpulan pemikir atau Think-Tank parti-parti dan badan-badan penganalisis dan advokasi serta badan penyelidik global ialah ‘Apa telah terjadi?’ ‘What has happened?’ Apakah semua pihak gagal dan tersilap membaca ‘Outcome’ atau ‘Keputusan’ pemilihan ini? Dengan bahasa mudah ‘Apakah Trump dan think-tanknya sahaja yang ‘membaca dengan betul’ kehendak dan hasrat sebahagian besar rakyat-pengundi Amerika? Wadooh!

17. Ataukah punca kekalahan disebabkan pelbagai kontroversi yang menyelubungi Clinton sepanjang kempen pilihanraya itu? Apakah kontroversi bersabit skandal kemungkinan informasi strategik dalam penggunaan ’email-server’, ketika Clinton selaku Setiausaha Negara Amerika Syarikat? Biro Siasatan Persekutuan atau FBI telah membebaskan beliau atas apa jual pertuduhan.

18. Ukuran kontroversi, Trump lebih dibelenggui kontroversi. Lebih dahsyat lagi termasuk dalam dasar-dasar yang beliau perjuangkan. Ganas atas ‘atrocious’ atau ‘tidak bertanggungjawab’ atau ‘reckless’ mungkin adalah terlalu lunak untul menggambarkan hasrat dan cita-cita serta dasar-dasar beliau.

19. Sejak hari pertama kempen, beliau mengundang kontroversi dengan menyarankan membina ‘tembok’ dipersempadan Mexico bagi menghalang kemasukan pendatang haram kerana mereka itu rata-rata perogol dan pembekal dadah. Terlalu banyak dan panjang senarai kontroversi beliau.

20. Nah, disebalik kontroversi ini, penulis mengesani ketepatan dan perhitungan strategik dan pendekatan komunikasi kempen pilihanraya Trump.

21. Trump tidak gusar atau tidak takut dengan kontroversi. Bahkan Trump mengggunakan kontroversi untuk mempastikan ‘messaging strategik’ beliau sampai dan lebih berkesan lagi kepada sasaran pengundi yang mahu beliau menangi hati-budi bahkan jiwa mereka.

22. Bacaan penulis, Trump telah menetapkan sasaran rakyat yang beliau target atau sasarkan sebagai kelompok pengundi yang akan memenangkan beliau. Tegasnya kelompok ini adalah golongan rakyat yang telah kecewa dengan apa yang mereka saksikan dengan kepimpinan Washington DC di bawah kerajaan Demokrat atau Barack Obama. Mereka adalah kelompok rakyat yang rata-ratanya merasakan ‘terpinggir dari arus pembangunan’ dan ‘terkeluar dari pembangunan serta kemajuan negara’.

23. Bahkan mereka menanggapi dasar dan polisi pentadbiran Demokrat menghapuskan peluang pekerjaan samada yang diberikan kepada pendatang atau kegiatan ekonomi pembuatan yang diserahkan kepada negara lain seperti China. Demokrat bertanggungjawab menatijahkan kebejatan pengangguran ini dan polisi perpindahan keupayaan pembuatan atau ‘manufacturing power’ Amerika kepada negara lain.

24. Dengan retorik dan mantra keramat Trump untuk ‘Make America Great Again’, kelompok rakyat teramai termasuk yang dulu di negeri-negeri tradisinya Demokrat rasa terpanggil dengan bujukan beliau. Ditambah dengan rempah-ratus tentang polisi terhadap imigrasi dan juga ‘Islamophobia’ beliau, tetiba rakyat-pengundi yang sudah agak kecewa dengan beberapa polisi Obama termasuk Kesihatan dsbnya, tidak mampu untuk kekal dengan Demokrat.

25. Kalau Obama pun semacam dianggap ‘gagal’ memperjuangkan kepentingan isu-isu ‘titik-bengit survival’ mereka, Clinton yang dilihat jauh lemah, meskipun punya pengalaman pentadbiran yang luas, tidak menggamit sokongan yang cukup kuat. Ya, Clinton gagal atau kalah tipis.

26. Demokrat lebih canggih dan bersedia dengan dasar-dasar luar, isu-isu antarabangsa termasuk lerdagangan serta keselamatan dan pertahanan, sementara Republikan kerana 8 tahun tidak memerintah, khasnya Trump yang bukan dari ‘jalur orang politik’ sebaliknya seorang bilionair hartanah, sememang amat ‘kurang dan tumpul’ akumen atau ketajaman bacaan politiknya.

26. Trump ‘membalikkan’ kelemahannya menjadi kekuatannya. Dasar luar Demokrat yang dilihat keterlaluan mencampuri hal ehwal negara lain sekaligus gagal menumpu pembangunan di negara sendiri serentak mengorban berbilion dollar dalam keterlibatan perang di timur tengah, adalah teras kempen beliau memujuk hati-budi rakyat teramai bahawa kepentingan mereka akan mendahului rakyat Iraq dan Syria.

27. Lantas dasar luar Trump diungkapkan media dan olih pemerhati dan penganalisis sebagai ‘Pengasingan’ atau ‘Isolationist’. Amerika Syarikat tidak akan se’adventurous’ seperti dulu.

28. Namun apa yang ditanggapi negatif olih media dan cerdik pandai politik dan profesor sains politik ke atas Trump, dipersepsi olih pengundi-rakyat sebagai satu yang kekuatan positif untuk beliau. Beliau kononnya akan menumpu kepada rakyat yang didakwa perlukan pekerjaan dan mesti diberi keutamaan. Trump sengaja tidak fahamkan rakyat atau pengundi bahawa dengan peperanganlah akan menjana permintaan untuk bekalan senjata. Pekerjaan membina senjata akan menjamin pekerkajaan untuk rakyat Amerika!

29. Jelasnya buat penulis, Trump beliau bermain dengan emosi rakyat. Beliau nyata sangat fokas untuk mendapatkan kelompok rakyat terpinggir dari arus pembangunan dan globalisasi, percaya bahawa beliau akan menjana kekayaan untuk rakyat Amerika. Sebaliknya pula, kelompok ini memberikan sokongan kepada Trump sebagai penyelamat atau ‘Saviour’ mereka untuk menentang ‘free-trade’ atau ‘perdagangan bebas’ yang telah merampas peluang pekerjaan mereka dan menjadikan mereka terperangkap dengan sistem atau ‘regim upahan’ atau ‘wages’ yang rendah.

30. Mereka menyalahkan Demokrat kerana mengekalkan kebejatan tadbir-urus yang gagal dan menjerumuskan Amerkka dalam kancah kelembapan pertumbuhan. Trump adalah ‘penyelamat’ mereka untuk menjana pekerjaan meskipun beliau tidak menerangkan bagaimana untuk melakukannya.

31. Disamping itu dasar ‘xenophobia dan islamphobia’ atau benci pendatang dan apa jua perihal Islam dan orang lslam, menokok sokongan tersebut walaupun dilihat sangat bias kepada golongan minoriti dsbnya. Trump telah menghitung untung-rugi dasar yang disebut sebagai senjata dua-mata ini! Ternyata congakan Trump betul dan laba beliau lumayan.

32. Di sini penulis ingin membuat analisis persamaan tren dan pola akibat pelobi khasnya dari sesetengah kelompok parti Konservatif, Labour dan terutamanya Parti Kebebasan UK (UKlP), yang dianggapi sebagai ‘Eurosceptic’, untuk bawa Britain keluar dari Kesatuan Eropah dengan agenda popular BREXIT atau singkatan ‘Britain Exit’. Mereka berjaya menghantui dan mempengaruhi pemikiran rakyat Britain bahawa EU adalah antara punca masalah utama dan bukan sebahagian penyelesaian buat rakyat Britain. Mereka mesti tinggalkan EU!

32. Ringkasnya rakyat memenangkan Referendum BREXIT dengan memberikan kelebihan undi untuk BREXIT sebanyak 51.9% berbanding 48.1% untuk kekal.

32. Kesan atau dampak politik, ekonomi dan perdagangan, pasaran kewangan, nilai mata wang serta dimensi geopolitik lain akibat BREXIT bukan sahaja terhadap United Kingdom bahkan seluruh Eropah dan secara global masih belum dapat dinilai seluruhnya.

33. Namun yang penting dirakamkan di sini ialah impak memobilisasi pandangan umum atau rakyat teramai berteraskan aspek survival mereka yang sangat emotif dan emosi. Golongan buruh atau warga kerja atau ‘blue-collar workers’ sangat terpanggil untuk menyokong BREXIT yang ditanggapi ‘Penyelamat’.

34. Trump telah menggunakan strategi dan kaedah yang sama nampaknya, setelah pastinya membaca ‘big data analytics’ untuk seluruh perhitungan “targetted messaging” dan profil pengundi secara demografik. Strategi baliau menumpu golongan tesebut berkesan. Kaedah yang sama digunapakai untuk kemenangan pasukan Obama dahulu.

35. Apakah persaingan dalam PRU ke14 akan menyaksikan kaedah ‘Big Data Analitik’ digunakan bagi merumus Strategi Pilihanraya, buat mempastikan kemenangan parti-parti yang bersaing, meskipun dengan cara menjermuskan rakyat dan negara dalam kancak pertentangan kaum dan agama, kalau isu emotif ‘Etnik atau Kaum dan Agama’ faktor yang mampu menjaminkan Kemenangan?

TAGS