Apakah peranan sebuah negara?

Apakah peranan sebuah negara?

Anis Matta pemimpin PKS Indonesia.

Apabila kita mendengar bicara seorang tokoh ilmuan mahupun politik kita sering duduk-duduk sambil makan tanpa mendengar dengan penuh teliti. Maklumlah majlis makan malam.

Akan tetapi, saya biasanya akan dengan telefon bimbit saya di ruangan nota untuk menaip kata-kata kunci yang mungkin boleh membantu saya membuat pembacaan lanjut mahupun kajian literature di perpustakaan. Kini terlalu banyak bahan-bahan dan buku mahupun jurnal di dalam alam maya boleh diakses dengan mudah khasnya dalam bentuk PDF.

Dalam suasana santai Majlis Makan Malam di IDCC Shah Alam pada 2 April 2017 Anjuran Pemuda Amanah Selangor yang lalu Tokoh politik Indonesia yang terkenal Ustaz Mohd Anis Matta, Mantan Presiden Parti Keadilan Sejahtera Indonesia dalam ucapannya menyebut peranan sebuah negara. Selalu saya sendiri pun belum sempat membuat kajian ini dari segi siasah Islam malam itu memberikan saya satu input bernilai.

Beliau mengungkapkan bahawa peranan sebuah negara itu ialah himayah (to protect) memelihara, khidmat (to give service to the people) pelayanan dan tanmiyyah (to develop) untuk membangunkan.

Pada malam itu beliau tidak lah menerangkan atau menterjemahkan ucapannya ke bahasa Melayu. Lantas apabila pulang saya mencari pengertian makna-mana ini dalam bahasa kita. Pengetahuan malam tersebut telah memberi input berharga kepada saya bahawa sebagai ahli siasah teori-teori politik Islam itu harus di dalam kepala dan dada. Mesti improtu dan kejap dan boleh disyarahkan apabila perlu dalam mengemukakan idea perjuangan agar lebih mantap dan dipercayai.

Lantas saya ingin memberi huraian lebih lanjut tiga peranan utama sebuah negara agar apabila kita berkuasa nanti kita sangat jelas peranan yang harus kita mainkan. Huraian saya adalah seperti berikut:

1. Himayah (to protect) memelihara negara dari ancaman luar dan dalam, dari perpecahan dan arnaki, dari salah laku dan salah guna kuasa termasuk bahaya rasuah dan kekacauan tanpa undang-undang (lawlessness)

2. Khidmat (to give service to the people) ialah dengan negara memberi pelayanan, perhidmatan terbaik untuk masyarakat, mengurangkan bebanan kos sara hidup, pendidikan asas yang murah, akses pengangkutan awam yang baik, rumah untuk semua khasnya untuk rakyat miskin dan memerlukan.

3. Tanmiyyah (to develop) Untuk membangunkan keupayaan negara, aset dan manusia ke tahap yang lebih tinggi. Rakyat yang bijak pandai dihormati dan yang kurang perlu dibantu untuk mencapai tahap keupayaan tinggi dari segi skil, ilmu dan adab. Alam sekitar sebagai aset diguna dengan hikmah dan bijak tanpa merosakkan alam dan kelestarian masa depan.

Pandangan Ustaz Anis Matta, Mantan Presiden PKS luar biasa! Ini adalah misi saya dan anda semua! Allahu Akbar walilahilhamd.

TAGS