Arab Saudi mungkin muflis lima tahun lagi, lapor IMF

Arab Saudi mungkin muflis lima tahun lagi, lapor IMF

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 Kejatuhan harga minyak dunia memberi kesan kepada rizab tunai negara Arab Saudi yang hanya mempunyai sumber kewangan untuk tempoh lima tahun lagi, sebagaimana dilaporkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Memetik laporan portal Independent yang berpusat di United Kingdom, dalam kajian yang dilakukan oleh World Economic Financial Survey yang dikeluarkan setiap bulan Oktober, menunjukkan kerajaan Arab Saudi akan mengalami penurunan fiskal 21.6 peratus pada 2015 dan berbaki negatif 19.4 peratus pada 2016 iaitu peningkatan hanya negatif 3.4 peratus pada 2014.

Arab Saudi kini memiliki AS$654.5 bilion rizab asing dengan aliran tunai menyusut dengan cepat.

Sebuah agensi kewangan negara itu, telah menarik semula dana sejumlah AS$70 bilion yang diuruskan oleh institusi kewangan luar negara kerana kehilangan hampir AS$73bilion sejak harga pasaran minyak jatuh merudum.

Arab Saudi menjana 90 peratus daripada pendapatan negara melalui pasaran minyak dunia.

Pada awal tahun 2015 kerajaan Saudi telah berbelanja secara besar-besaran sebanyak AS$32 bilion yang diagihkan kepada rakyat untuk meraikan pertabalan Raja Salman Abdul Aziz Al Saud.

Pada 2015 kerajaan Arab Saudi berada ditempat ketiga negara dunia memintas Rusia dalam perbelanjaaan ketenteraan dengan bajet pertahanan mencecah AS$80.8 bilion. Sedangkan konflik peperangan di Yaman terus berlaku tanpa menunjukkan tanda-tanda ia akan reda.

Menurut IMF kerajaan Arab Saudi dijangka mengurangkan defisit lebih daripada 20 peratus daripada KDNK pada tahun 2015 lalu.

Pengarah IMF Timur Tengah Masood Ahmed, berkata, kepada pemberita di Dubai bahawa kejatuhan harga minyak berjumlah AS$360bilion ‘mengejutkan’ pada tahun ini sahaja.

Oleh kerana penurunan harga minyak dijangka berterusan, kerajaan Arab Saudi dijangka menyertai melaksanakan pengeksport sumber minyak lain dan membuat pemotongan bajet yang besar, menurut Al-Jazeera.

Tetapi tindakan ini boleh menjadi tidak produktif jika pengguna dan syarikat-syarikat membuat keputusan untuk mengurangkan penggunaan dan menyekat pelaburan sebagai tindak balas kepada pemotongan bajet tersebut.

TAGS