Arif Sabah komited bantu gelandangan

Arif Sabah komited bantu gelandangan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

ARiF Negeri Sabah terus komited untuk membantu golongan gelandangan yang terpinggir daripada arus deras pembangunan.

Pada Jumaat seramai 11 orang anggota ARiF Negeri Sabah telah mengagihkan makanan kepada gelandangan yang tinggal di Pusat Pelupusan Sampah Batu 8, Sandakan.

Makanan telah diagihkan kepada 150 orang gelandangan yang rata-ratanya berkerja mencari sisa buangan di seluruh pelusuk daerah Sandakan.

Menurut Setiausaha ARiF Sabah, saudara Yunizam Yusop, penerima agihan makanan tersebut adalah mereka yang tinggal di tapak pelupusan sampah dan terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah kepada warga emas.

“Program ini akan dijalankan secara bulanan dan program semalam adalah kali keempat ARiF Sabah turun membantu golongan gelandangan di sekitar daerah Sandakan” Ujar beliau, yang juga merangkap Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negeri Sabah.

Selain daripada agihan makanan kepada gelandangan, ARiF Sabah juga pernah mengadakan rawatan kesihatan kepada kanak-kanak di tapak pelupusan sampah ini kerana khuatir akibat persekitaran yang kotor dan tidak sihat.

Yunizam Yusop juga mengharapkan bantuan daripada semua pihak untuk membantu dan memberikan sumbangan berupa makanan, minuman atau sebarang jenis bantuan bagi memperbaiki nasib golongan gelandangan ini. Sebarang sumbangan boleh berhubung dengan beliau di talian 0148333310.

Dua anggota Arif (berbaju oren) beramah mesra dengan keluar gelandangan.

TAGS