Awan Kelantan mulakan inisiatif cari peluang kerja

Awan Kelantan mulakan inisiatif cari peluang kerja

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Angkatan Wanita Amanah Kelantan (Awan Kelantan) melancarkan satu program bagi memberi peluang kepada golongan belia yang sedang mencari pekerjaan untuk mendapat latihan dan peluang kerja.

Timbalan ketua Awan Kelantan, Norashidah Jaafar berkata program ini terbuka kepada semua pencari kerja tanpa mengira tahap pendidikan mereka.

“Kita akan menyediakan latihan dan kemudiannya mengenal pasti tempat kerja yang sesuai mengikut kebolehan dan kecenderungan masing-masing,” katanya di majlis perasmian program latihan yang diadakan buat pertama kalinya di Wisma Tok Guru hari ini.

Menurutnya, pihak Awan telah mengadakan usaha sama dengan sebuah yayasan yang telah berurusan dengan firma-firma dan kilang-kilang seluruh negara bagi menempatkan pekerja mengikut kesesuaian.

“Yayasan yang telah beroperasi lebih dua puluh tahun ini mempunyai hubungan rapat dengan semua bidang industri dan telah membantu beribu-ribu pencari kerja mendapatkan pekerjaan masing-masing,” katanya.

Pihak Awan katanya akan menyusun jadual latihan kepada pencari kerja yang berminat dan akan diadakan di peringkat Dun di seluruh Kelantan.

“Satu penyelarasan akan dibuat supaya pihak yayasan yang mengendalikan program ini dapat memberikan khidmat mereka di semua program yang dirancangkan,” katanya.

Kepada yang berminat untuk mengikuti program ini bolehlah menghubungi no Whatsapp 0139811760 ( Siti), 0139871905 (Farhana) dan 0127382030 (Mbak Eda).

TAGS