Azhar dilantik Pengerusi FGV baharu

Azhar dilantik Pengerusi FGV baharu

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimilikinya, beliau akan dapat menerajui FGV dengan cemerlang, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan harga saham FGV yang lebih kukuh, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata sebagai sebuah syarikat tersenarai, dengan pegangan majoriti oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), kejayaan FGV sangat penting untuk manfaat warga peneroka Felda.

Oleh itu, selaras dengan kuasa yang diperuntukan di bawah Hak Pemegang Saham Khas menerusi Artikel (80)1 Memorandum dan Articles of Association FGV, saya mengumumkan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi

FGV, berkuatk kuasa 8 September 2017, kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

{loadposition myposition} Azhar pernah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Pengerusi Tradewinds Corporation Bhd.

Beliau juga ialah ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), United Kingdom dan ahli Institut Akauntan Malaysia.

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Sulaiman Mahbob, Pemangku Pengerusi FGV sejak Jun 19, 2017 atas sumbangan beliau kepada FGV, walaupun sibuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Bhd pada waktu yang sama.

Pada 12.20 tengah hari, saham FGV naik satu sen kepada RM1.60.

CATEGORIES
TAGS