Azli Taliban menang saman, tidak kata keluar Pas kafir

Azli Taliban menang saman, tidak kata keluar Pas kafir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat , Norazli Musa hari ini diumumkan menang dalam kes saman beliau ke atas Ahmad Syihan Ismail oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Dalam pernyataan keputusannya, pihak mahkamah berkata pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu “Ceramah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape keluar jamaah islam (Pas) jatuh kafir” yang tidak pernah disebut oleh Norazli dalam ceramah beliau.

Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan Norazli menjadi persendaan dan cemuhan masyarakat umum yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.

Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM50,000 beserta kos perbicaraan RM4,450 dan juga defendan dikehendaki membuat permohonan maaf.

TAGS