Azmin jelaskan pertemuan dengan Hadi tiada agenda politik

Azmin jelaskan pertemuan dengan Hadi tiada agenda politik

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menjelaskan, pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi malam semalam hanyalah kunjungan biasa, tidak membabitkan tujuan politik.

“Pertemuan itu bersifat ziarah kerana Tuan Guru Abdul Hadi baru sahaja menjalani pembedahan dan di peringkat awal kita dinasihatkan supaya tidak menganggu kerana beliau masih memerlukan rehat.

“Kami menziarah atas prinsip merasakan kami perlu melawat beliau dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatannya.

“Namun, kami dimaklumkan doktor juga bahawa Ustaz Hadi diminta berehat untuk satu tempoh sebelum boleh kembali menjalani aktiviti seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di Pesta Makanan Tradisional Kelantan di Dewan Beringin Taman Seri Gombak, hari ini.

Azmin diminta mengulas mengenai kunjungan beliau ke atas Abdul Hadi beliau bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden Dr Shaharuddin Baharudin.

Gambar yang dikongsi kedua-dua pemimpin itu kemudiannya menimbulkan beberapa kenyataan bersifat spekulasi negatif berhubung pertemuan berkenaan.

TAGS