Bajet 2016: Hanya ini yang menarik

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Apa yang sebenarnya menarik mengenai kandungan Bajet 2016 yang dibentangkan Najib Razak petang semalam?

Mana pergi wang RM2

Sama seperti ramai yang berhati suram ketika menanti pembentangannya, selepas dibentangkan ia terus juga suram.

Hakikatnya tiada apa-apa  yang menarik dalam bajet kali ini. Lagi-lagi bantuan tunai BR1M sebagai modal utama. Sebab itu malas nak ulas panjang-panjang Bajet 2016 ini.

Mana 2.6 bilionUcapan Najib yang lebih pendek dan ringkas berbanding tahun-tahun sebelumnya membuktikan beliau sendiri bagaikan sudah kekeringan modal untuk memakmurkan negara ini.

Kalau ada pun yang kekal menarik ialah ketidakberanian Najib untuk menyentuh sama sekali mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya sehingga Ahli-Ahli Parlimen pembangkang terpaksa membawa plakad bertulis “Mana RM2.6 Bilion?” untuk mengingatkannya keperluan berterus-terang mengenainya.

Berbanding beberapa kenaikan  BR1M sepertimana yang diumumkannya, rakyat jauh lebih ingin tahu sejujur dan setulusnya daripada mulut Najib sendiri di Dewan Rakyat yang mulia itu mengenai “BR1M Wang Besar” RM2,600 juta tersebut. (SH 23/102015)

TAGS