Bajet 2017: Kerajaan jangan korban sektor pendidikan dan kesihatan

Bajet 2017: Kerajaan jangan korban sektor pendidikan dan kesihatan

 

Kerajaan tidak boleh mengabaikan atau berkompromi terhadap sektor yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat dan generasi akan datang dalam penyediaan Bajet 2017 yang akan dibentang pada Oktober depan, kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dr Dzulkefly Ahmad Kerajaan tidak boleh mengabaikan atau berkompromi terhadap sektor yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat dan generasi akan datang dalam penyediaan Bajet 2017 yang akan dibentang pada Oktober depan, kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, amat penting sektor seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur diberi keutamaan dalam pelaksanaan bajet tahun hadapan.

Kerajaan katanya juga, tidak boleh selesa dengan pengumuman tentang pendapatan isi rumah yang meningkat sebanyak RM1, 141 kepada RM6, 141 sebulan, kajian Keadaan Isi Rumah ll  sepertimana Laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

Kerajaan  tidak perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan RM3000 ke bawah meminjam tujuh kali nisbah pendapatan mereka untuk menyara keluarga mereka, mengikut kata penganalisis ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam, katanya.

Lebih penting adalah ketidakserataan (jurang) pendapatan dan kekayaan. Sebagai contoh, Dr Dzulkefly memetik kenyataan Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Mokhtar yang menekankan ketidakseimbangan di segi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan simpanan (Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ternyata ketara ramai rakyat tidak menyimpan secukupnya untuk tempoh persaraan selama 20 tahun kerana terlalu banyak berhutang. Mereka ini terdedah kepada episod kejutan ekonomi (economic shocks) seperti krisis ekonomi dan kemelesetan.

Walaupun KRI mengiktiraf jangka hayat bertambah, namun kenaikan harga makanan khususnya, adalah lebih ketara dan membimbangkan berbanding inflasi secara menyeluruh mengikut Pengarah Urusannya.

Justeru Dr Zulkefly yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mengesa peruntukan belanjawan 2017 itu mestilah memastikan keutamaan dan keseimbangan bagi menangani keperluan utama rakyat.

Kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan biasiswa dalam sektor pendidikan diharap tidak membuat pemotongan sama dalam Bajet 2017.“Strategi perdana menteri adalah untuk mengalakkan rakyat berbelanja sebagai memacu pertumbuhan melalui perbelanjaan domestik dan isi rumah.

“Namun jangan korbankan masa depan rakyat dengan bebanan hutang. Lebih mustahak adalah untuk pastikan keutamaan rakyat dan kepentingan generasi akan datang seperti dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

“Persoalan biasiswa terkorban kerana dana tidak cukup sementara projek mewah diteruskan. Peruntukan asas sekolah pun tidak diperuntukkan secukupnya sehingga ada menteri tuntut PIBG untuk peruntukan dana kegiatan sekolah,” ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika diminta pandangan mengenai cadangan penyediaan Bajet 2017 kepada kerajaan.

Perbelanjaan keterlaluan Kerajaan

Perbelanjaan kerajaan untuk 'refurbish' Tugu Peringatan kepada Taman Tugu adalah keterlaluan disaat ketidak tentuan ekonomi global dan domestik.Terkini, ujarnya lagi, perbelanjaan kerajaan untuk ‘refurbish’ Tugu Peringatan kepada Taman Tugu, yang dikatakan kerajaan akan berbelanja sebanyak RM650juta adalah ‘keterlaluan’.

“Sedangkan kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

“Pastinya peruntukan Jabatan Perdana Menteri, contohnya, yang disebut sebagai ‘Slash Fund’ berjumlah RM8.5bilion tahun lalu wajib dikurangkan,” cadangnya.

Dr Dzulkefly berkata, kerajaan kini menghadapi ‘ruang fiskal’ (fiscal space) yang semakin sempit untuk membolehkan kerajaan terus berhutang kerana telah berbelanja besar sejak 18 tahun berterusan, khususnya dalam era Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Hutang Persekutuan telah hampir mencecah 55% Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK).

Terang Dr Dzulkefly lagi dengan hutang kerajaan persekutuan sejumlah RM630.5bilion setakat 2015 lalu sudahpun mencecah peratusan KDNK sebanyak 54.4% bagi tahun tersebut.

Tambahan RM177bilion hutang perbelanjaan diluar bajet (off-budget spending) sebenarnya telah mencecah hampir 70% KDNK.

“Malah perbelanjaan mengunakan kaedah ‘off bajet spending’ iaitu berbelanja di luar bajet juga menyebabkan hutang negara akan terus meningkat dalam senyap-senyap,

“Amanah nak ingatkan kerajaan yang gemar berbelanja secara off bajet spending’ lazimnya menggunakan kewangan dan simpanan awam, seperti dana KWSP), TH (Tabung Haji) dan KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen), yang akhirnya menjadi hutang kerajaan pusat, andainya gagal dilunaskan oleh agensi-agensi kerajaan yang meminjam seperti PTPTN (Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara) dan terkini isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” ujarnya.

Senario Ekonomi Global

Dengan kelembapan ekonomi global ini pastinya eksport Malaysia turut akan terjejas

Melihat kepada senario ekonomi global yang mencabar hari ini pula beliau berkata beberapa faktor akan mempengaruhi pertumbuhan KDNK.

Antaranya beliau menyebut berkaitan dengan perlahannya ekonomi negara China iaitu rakan dagang terbesar Malaysia.

Selain daripada petunjuk ekonomi global yang suram, kadar pertukaran membabitkan nilai matawang Amerika Syarikat yang lebih kukuh dari ringgit dan kejatuhan harga minyak dunia memberi kesan secara langsung terhadap ekonomi Malaysia.

Dengan kelembapan ekonomi global ini ujarnya, pastinya eksport Malaysia turut akan terjejas. Lebihan dagangan turut terkesan dan akaun semasa negara semakin menipis apabila eksport menurun.

Pendapatan korporat (corporate earnings) juga akan terjejas dan kesannya pendapatan kerajaan Persekutuan juga akan terkesan.

“Cabaran kepada kerajaan dalam setengah tahun 2016 sudah dan terpaksa diakui dengan dapatan pertumbuhan sebanyak 4.0 menurun dari 4.2 dalam suku pertama 2016.

“Suku ketiga nanti adalah mencabar,” ujarnya.

Beliau mengakui kadar ‘inflasi rasmi’ adalah rendah iaitu 1.1 peratus dari tahun ke tahun. Dengan pertumbuhan yang juga rendah itu beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh menurunkan kadar pinjaman ‘Overnight Policy Rate (OPR) bagi merancakkan ekonomi.

“Namun saya tidak pasti mereka akan turunkan kadar faedah ini kerana ia akan membawa kesan sampingan lain kepada ekonomi negara seperti kadar simpanan,” terangnya.

TAGS