Bajet 2017: Rakyat perlu berhemah berbelanja, graduan contohi Nasi Lemak Anak Dara

Bajet 2017: Rakyat perlu berhemah berbelanja, graduan contohi Nasi Lemak Anak Dara

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Pembukaan ucapan pembentangan Bajet 2017, Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Razak menyarankan agar rakyat mengambil langkah berhemah dalam perbelanjaan isi rumah.

Beliau yang juga perdana menteri berkata, kerajaan komited laksanakan bajet yang terbaik dan perbelanjaan berhemah dalam ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Maksud perbelanjaan berhemah kalau mahu dipercontohkan seorang ketua keluarga harus bijak urus kewangan seisi rumah.

“Jika beli barang mainan yang mahal untuk anak dalam keadaan sekarang beli tetap beli dengan kadar kemampuan.

“Jika sebelum ini boleh bermewah dan kini berjimat di restauran berpatutan yang tidak kurang juga enak makanannya kerana Malaysia dikenali sebagai syurga makanan.

“Makanan yang sedap harga boleh tahan namun masih enak seperti Nasi Kandar Vange di Ipoh.

“Saya dapat tahu Nasi Lemak Anak Dara yang diviralkan berada di Shah Alam diusahakan oleh seorang graduan wanita muda dari universiti tempatan kesian katanya, kena saman pula. Apapun kerajaan mengalakkan individu terutama pada graduan yang ingin jadi usahawan seperti ini didoakan agar terus berusaha dan berjaya,” ujarnya yang mendapat sorakan protes dikalangan ahli parlimen pembangkang.

Beliau berkata dengan ekonomi tidak menentu dan berada diluar kawalan itu, pertumbuhan perlahan berpunca ujarnya, daripada kelembapan ekonomi dunia secara serentak daripada negara kuasa besar menyebabkan KDNK dunia menurun 3.2 peratus pada 2015 berbanding yang diunjurkan 3.1 peratus pada 2016.

Ekonomi negara berkembang pada 4.1 peratus dan sasaran pertubuhan 4.5 peratus itu pada 2017 akan tercapai.

Ujarnya lagi KDNK purata 6 peratus terus kekal selama hampir 60 tahun berturut-turut.

Bajet kali ini ujarnya merupakan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian bajet 2016.

“Daripada jumlah itu RM214.8 bilion perbelanjaan mengurus RM46bilion untuk pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka RM2bbilion.

“Peruntukan mengurus RM77.4bilion, RM13.9 bilon pembelian dan barang tetap, pembelian aset RM691juta dan RM816.6juta lagi untuk perbelanjaan lain.

“Dalam Pembangunan sektor ekonomi meliputi agihan tertinggi iaitu RM25.9bilion, sosial RM12.2bilion, Keselamatan RM5.3bilion dan pentadbiran am RM2.5bilion.

“Oleh itu bersasarkan prestasi semasa hasil 2017 berkembang 3 peratus kepada RM219.7bilion selain itu sasaran kerajaan untuk defisit fiskal 3 peratus dari KDNK pada 2017 mudahan dapat dicapai berbanding 3.1 peratus pada tahun 2016,” ujarnya.

Beliau mula membentang Bajet 2017 tepat jam 4.05 petang ini.

 

TAGS