Bajet 2017 Selangor siap skim Peduli Siswa bantu pelajar bermasalah

Bajet 2017 Selangor siap skim Peduli Siswa bantu pelajar bermasalah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan negeri Selangor menyiapkan bajet RM10 juta tahun depan untuk memberikan pinjaman kepada pelajar anak-anak Selangor di Intitusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di negeri itu.

Skim ini dinamakan ‘Peduli Siswa’ untuk membantu para pelajar IPTA di negeri ini selepas kerajaan pusat memotong peruntukan untuk IPTA sebagaimana Bajet 2017 sebelum ini.

“Pinjaman pelajaran boleh ubah berdasarkan prestasi kecemerlangan akademik,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Bajet 2017 negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor pagi ini.

Bajet kali ini juga menyediakan peruntukan untuk para tahfiz dengan memberikan bantuan kewangan kepada pusat-pusat tahfiz swasta di negeri ini.

Azmin juga mengumumkan peruntukan untuk sekolah Cina yang terdapat di negeri itu dalam belanjawan 2017 negeri Selangor itu.

Azmin membentangkan Belanjawan Selangor 2017 berjumlah RM3.45 bilion dengan RM1.8 bilion atau 52 peratus diperuntukkan untuk tujuan pembangunan.

Beliau mendakwa ini adalah perbelanjaan pembangunan yang terbesar diperuntukkan di Selangor.

“Bajet persekutuan yang dibentang oleh PM memperlihatkan ketidakbertanggunjawaban 18 peratus saja untuk memajukan pembangunan,” katanya.

Untuk membangunkan Selangor, beliau berkata, kerajaan negeri meningkatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak 25 peratus.

Beliau mengakui kerajaan negeri bersikap jujur apabila membentangkan bajet dengan defisit RM900 juta.

Sebanyak RM1.8 bilion atau 47.8 peratus daripada jumlah bajet diperuntukkan untuk tujuan operasi.

TAGS