Bajet Najib tidak bertanggungjawab, kata Azmin

Bajet Najib tidak bertanggungjawab, kata Azmin

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bajet Persekutuan yang dibentangkan Perdana Menteri memperlihatkan ketidak bertanggungjawaban kerana memperuntukkan hanya 18 peratus sahaja untuk pembangunan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Berbanding belanjawan kerajaan negeri itu, beliau berkata, sebanyak RM1.8 bilion atau 52.2 peratus daripada jumlah keseluruhan RM3.45 bilion jumlah perbelanjaan bagi 2017 diperuntukkan bagi memastikan kesejahteraan rakyat mendapat keutamaan.

“Selangor sekali lagi menjadi peneraju dalam menyediakan peruntukan pembangunan melebihi peruntukan mengurus.

“Sejumlah RM1.093 bilion atau 60.7 peratus diperuntukkan di bawah infrastruktur termasuk projek pembinaan baru serta menaiktaraf jalan, penyelenggaraan parit dan saliran serta projek pembangunan bekalan air,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2017 Kerajaan Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam hari ini.

Menurut Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak, sebanyak RM250.25 juta atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Mengulas peratusan peruntukan kerajaan negeri Selangor untuk pembangunan yang lebih tinggi berbanding bajet dibentangkan Najib Razak, Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan belanjawan Selangor benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat.

“Bezakan 52.28 peratus dengan peruntukan pembangunan bajet Najib sebanyak 18 peratus saja kerana di’sorok’ dalam ‘Off-Budget/Off-Balance Sheet Spending’,” ulasnya.

TAGS