Balak sekali lagi gugat Jambatan Pulau Setelu

Balak sekali lagi gugat Jambatan Pulau Setelu

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kayu balak dan kau kayan lain yang melanda Jambatan Sementara Pulau Setelu, Gua Musang adalah berasal dari tempat bantahan Orang Asli di Pos Tohoi, Pos Gob, Pos Pasik dan Pos Simpor.

Manurut aktivis alam sekitar, Hishamudin Ghazali, balak-balak yang lalu melalui Sungai Betis dan Nengiri ini datangnya daripada 3 sungai yang melalui kawasan pembalakan dan Ladang Hutan dalam kawasan yang dilarang di Pos Gob dan berhampiran Gua Cha, Gua Musang.

Sumber balak yang melanda jambatan sementara Pulau Setelu, Gua Musang.Hishamudin berkata demikian ketika mengulas keadaan jambatan Pulau Setelu sekarang yang penuh dengan kayu balak dan sampah sarat yang melandanya selepas hujan lebat beberapa hari ini di Hulu Kelantan.

Jambatan Pulau Setelu musnah ekoran banjir besar yang melamda Kelantan Disember tahun 2014 lalu.

Ekoran itu, satu jambatan sementara dibina sementara menunggu jambatan kekal yang akan melibatkan kos sebanyak RM40 juta dibina.

Kini jambatan sementara itu dalam bahaya ekoran dipenuhi balak dan kayu-kayu kecil pada selepas hujan turun sejak beberapa hari lalu.

Menurut Hishamudin dari aktivis NGO BUMI dan aktivis Orang Asli, Orang Asli sedang membuat sekatan bagi menghentikan pembalakan di Gua Musang sejak 28 September 2016 lalu hingga kini.

Menurutnyam, tiga sungai yang bergabung dan masuk Sungai Nengiri dan Betis akan melalui Pulau Setelu.

Sungai-sungai itu adalah Sungai Perias, Sungai Jenera dan Sungai Puian.

“Sungai Perias adalah sungai yang kami lalui sebelum sampai Simpang Petei, dekat sekatan Orang Asli Gua Musang sekarang.

“Sungai Jenera pula adalah dari Pos Pasik dan Pos Simpor, yang melalui berhampiran Kampung Bring tempat Orang Asli membuat sekatang.

“Sungai Puian pula adalah menjadi sebahagian punca air dari Air Terjun Dakota dan Pos Gob,” kata Hishamdin.

Bagi beliau, kemusnahan Jambatan Pulau Setelu yang asal dan runtuh dilanda balak semasa banjir besar 2014 lalu.

“Balak balak itu juga berpunca dari sungai yang sama,” katanya.

Sebelum ini, Hishamudin bersama rakan-rakannya dengan disertai oleh media membuat ekspedisi ke kawasan ini bagi membuktikan pembalakan memang berlaku secara besar-besaran di kawasan Gua Musang yang menyebabkan Orang Asli marah dan membuat sekatan hingga kini.

TAGS