Banjir di Kelantan bertahan, 1000 mangsa di pusat pemindahan

Banjir di Kelantan bertahan, 1000 mangsa di pusat pemindahan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Keadaan banjir di Kelantan pagi ini masih bertahan dengan hampir 1000 mangsa berada di pusat pemindahan dan sukatan paras air di beberapa sungai utama berada di atas paras bahaya.

983 penduduk berada di 27 pusat pemindahan.

Di Tanah Merah 226 mangsa dari 61 keluarga ditempatkan di 8 pusat pemindahan.

Manakala di Kuala Krai 483 mangsa dari 127 keluarga berada di 9 pusat pemindahan.

Bagi jajahan Jeli, Machang dan Pasir Mas, jumlah mangsa pusat pemindahan ialah 36, 79 dan 159 masing-masing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan portal e-banjir Kelantan bacaan paras air sungai Kelantan di jambatan Gulillemard ialah 16.90 meter

manakala bacaan aras air Sungai Golok di Rantau Panjang adalah 10.19 meter, kedua-duanya berada di atas paras bahaya.

“Walaupun keadaan ini bertahan sejak malam tadi sehingga jam 9 pagi ini, keadaan masih redup dan kemungkinan hujan berterusan boleh menyebabkan air terus naik,” katan kenyataan itu.

Tiga jalan dilaporkan ditutup sejak semalam.

Di Kuala Krai, jalan Bukit Sireh ke Kuala Nal ditutup kepada kenderaan ringan di kilometer 6.6.

Di Pasir Mas, jalan Rantau Panjang ke Panglima Bayu di kiometer 9 juga ditutup kepada kenderaan ringan, manakala di Tanah Merah di jalan Kusial ke Kampung Ipoh di kilometer 2.1, jalan ditutup kepada semua lalulintas.

TAGS