Banjir di Terengganu makin pulih

Banjir di Terengganu makin pulih

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Jumlah mangsa banjir di Terengganu merekodkan penurunan ketara dengan hanya 236 orang mangsa daripada 60 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10 malam tadi berbanding 805 orang (188 keluarga) pada pukul 8 pagi semalam.

Penurunan itu susulan penutupan lima PPS secara berperingkat mulai pukul 9 pagi tadi iaitu satu PPS di Setiu diikuti satu PPS di Dungun, satu di Marang dan dua di Kuala Nerus.

Mengikut laporan portal Info Banjir, Kuala Nerus yang merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai pagi tadi iaitu 701 orang (162 keluarga) terus menurun kepada 214 orang (52 keluarga) yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak.

Di Marang pula, jumlah mangsa banjir terus turun kepada 22 orang (lapan keluarga) berbanding 39 orang (11 keluarga) pagi tadi. Kesemua mereka kini masih berada di SK Pasir Putih.

CATEGORIES