Banjir: Syed Saddiq tempelak ‘cybertrooper’ Umno tabur fitnah

Banjir: Syed Saddiq tempelak ‘cybertrooper’ Umno tabur fitnah

Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diserang netizen menerusi twitter kerana didapati beliau tidak muncul dalam bantuan bencana banjir yang dilakukan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri Pulau Pinang.

Netizen Sarfam Official melalui twitternya mempersoalkan sebab mengapa Syed Saddiq tidak muncul ketika Pemuda Barisan Nasional (BN) bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Korang ada otak kan? Nilai sendirilah.

“Dikala puak pemuda BN bertungkus lumus bantu #BanjirPenang , chief pemuda @chedetofficial pula tersenyum riang bercuti senang lenang d Paris.

Syabas @SyedSaddiq, awk dah tunjuk contoh sebenar bagaimana Armada #PPBM selesaikan isu rakyat,” ujarnya.

Twitt Sarfam Official itu kemudiannya dibalas oleh Syed Saddiq yang menerangkan sebab beliau tidak hadir ketika Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Srikandi Rina Harun turun ke Pulau Pinang untuk membantu mangsa banjir sedangkan beliau berada di Paris.

“Kalau my job as a researcher, Part time lecturer & debate trainer in Malaysia tak disabotaj oleh BN, i’ll be in Malaysia now.

“Malangnya, saya perlu cari sumber pendapatan baru. Alhamdulillah, i can still teach and do research work abroad.

“Hang nak bayar gaji aku ke?,” soal Syed Saddiq.

Syed Saddiq kemudiannya memuat naik foto yang menunjukkan sebahagian daripada 50 ahli Armada sedang membantu membersihkan rumah penduduk yang dilanda banjir.

Beliau menjelaskan, dirinya tidak gemar membuat perbandingan antara usaha Pemuda Umno dan Armada kerana beliau menyakini semua pihak perlu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

“But I must answer your fitnah yang kata kita tak buat apa. Lebih 50 volunteers Armada di sana bekerja non stop. Jangan perlekeh usaha mereka,” ujarnya.

Sukarelawan yang terdiri dikalangan ahli Armada turun membersihkan rumah mangsa banjir di Pulau Pinang.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS