Bank susu ibu pertama Singapura dilancar calon presiden

Bank susu ibu pertama Singapura dilancar calon presiden

Bank susu ibu yang pertama di Singapura telah dilancarkan Hospital Kanak-Kanak dan Wanita (KKH) dan Temasek Foundation Cares hari ini.

Program perintis selama tiga tahun itu bertujuan menyediakan bekalan susu ibu kepada bayi yang lahir belum cukup bulan yang sakit, dengan ibu bayi itu pula tidak berkemampuan untuk mengeluarkan susu ibu yang mencukupi.

Melancarkan bank susu ibu itu, mantan Speaker Parlimen, Halimah Yacob berkata bank itu mencerminkan usaha masyarakat bekerjasama untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan, katanya dipetik Berita Harian.sg.

{loadposition myposition}

“Saya ingin memberi jaminan kepada rakan-rakan Muslim bahawa jika bayi mereka, dilahirkan tidak cukup tempoh, boleh mengambil susu yang didermakan untuk tujuan kesihatan,” katanya yang juga calon presiden republik itu.

Manakala itu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah memutuskan bahawa bayi Muslim tidak cukup tempoh boleh diberikan susu dari bank susu jika ibu bayi itu tidak dapat memberikan susu badan.

TAGS