Bantah Bersih 5: NGO hantar memorandum, hadiah penyapu kepada Guan Eng

Bantah Bersih 5: NGO hantar memorandum, hadiah penyapu kepada Guan Eng

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) hari ini menghadiahkan  dua batang penyapu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai simbolik membantah perhimpunan Bersih di Pulau Pinang.

Penyapu bersama-sama memorandum bantahan itu diserah kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Zahar Zainul untuk disampaikan kepada Lim di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Presiden PKIM Aminah Abdullah berkata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sepatutnya membersihkan dirinya daripada tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa terlebih dahulu sebelum memberi sokongan kepada perhimpunan Bersih.

“Perhimpunan itu tidak perlu dibuat di Pulau Pinang kerana ia boleh mengganggu keharmonian dan kesejahteraan orang ramai. Kami juga menerima aduan dan bantahan daripada orang ramai terutama peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan perhimpunan Bersih dan penyapu itu.

TAGS