Bantah DLP: Sultan Perak perlu bawa ke Majlis Raja-raja

Bantah DLP: Sultan Perak perlu bawa ke Majlis Raja-raja

Sultan Perak, Raja  Nazrin Muizzuddin Shah disaran untuk membawa Bantahan Program Dwi-Bahasa (DLP) ke Majlis Raja-raja Melayu, kata Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) Datuk Zainal Abidin Borhan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sultan Perak,Raja Nazrin Muizzuddin Shah disaran untuk membawa Bantahan Program Dwi-Bahasa (DLP) ke Majlis Raja-raja Melayu, kata Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) Datuk Zainal Abidin Borhan.

Beliau berkata, Raja Nazrin pernah bersetuju bahawa pengajaran di sekolah menggunakan bahasa ibunda pelajar, justeru baginda ujarnya, amat peka dengan pendirian berkenaan ditambah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memperakui bahasa ibunda adalah bahasa terbaik untuk murid.

“Buat masa ini apa yang boleh Sultan Perak lakukan ialah bawa (bantahan Program Dwi-Bahasa atau DLP) ke Majlis Raja-Raja Melayu.

“Setakat ini tiada apa maklumat atau perkembangan daripada Setiausaha PM (Perdana Menteri),” ujarnya pada sidang media di ibu pejabat Abim di Gombak semalam.

Himpunan Tolak DLP pada 9 April

Selepas berjaya mendesak kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) beberapa tahun lalu,aktivis bahasa Melayu ini pula mengumumkan himpunan kedua mereka April ini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan DLP, Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad mengumumkan demonstrasi besar-besaran akan diadakan pada 9 April nanti selepas rundingan dengan pihak kerajaan supaya memansuhkan program mirip PPSMI itu tidak berhasil.

Menurutnya, himpunan yang dijadulkan bermula pukul 2.30 petang itu bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan sasaran kira-kira 20,000 peserta.

Himpunan tersebut, ujarnya, akan turut dimulai dengan protes di peringkat negeri pada 26 Mac ini manakala bagi negeri-negeri yang cuti umumnya pada Jumaat dan Sabtu, demonstrasi akan diadakan pada 25 Mac.

Untuk rekod, DLP menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) subjek Dunia Sains dan Teknologi (Tahun 1), Matematik (Tahun 1 dan Tahun 4) dan Sains (Tahun 4) manakala di peringkat sekolah menengah pula ialah Sains dan Matematik bagi Tingkatan 1.

TAGS