Bantah GST, kenaikan harga barangan terus semarakkan kempen PH Terenganu

Bantah GST, kenaikan harga barangan terus semarakkan kempen PH Terenganu

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Protes harga minyak, bantah GST adalah antara tema kempen mereka kali ini. Turut serta adalah Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing yang dahulunya banyak membantu PAS tetapi kini dimusuhi.

 

Kempen bagi mengajak masyarakat Terengganu agar menggunakan kuasa mereka untuk kepentingan mereka sendiri terus diadakan di Terengganu.

Kali ini mereka diajak menyokong kempen Pakatan Harapan (PH) membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah menyebabkan kenaikan harga barangan di seluruh negara.

Harga ikan terus naik mencunak di Terengganu walaupun negeri itu mempunyai paling ramai nelayan di negara ini.

Begitu juga kenaikan harga petrol ketika di luar pantai Terengganulah minyak ini disedut.

Kempen ini juga bagi memperlihatkan PH khasnya AMANAH, parti berumur dua tahun, adalah parti yang mampu menggantikan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Dengan diketuai Pengerusi PH yang juga pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah, mereka turun ke jalan raya bagi menyampaikan mesej kepada orang ramai.

 

Raja Bahrin, Pengerusi PH Terengganu, mengangkat tangan kepada orang ramai yang lalu lalang dan menyokong kempen itu.

 

Raja Bahrin, Pengerusi PH Terengganu bersalam dengan orang ramai yang menyokong kempen mereka.

Datuk Raja Bahrin, Pengerusi PH Terengganu turun berkempen bertemu orang bagi mengajak mereka menjaga kepentingan mereka sendiri.

 

Raja Bahrin, Pengerusi PH Terengganu melihat anak buahnya bersiap untuk memulakan kempen.

 

“Hon tanda bantah,” adalah antara kertas permidang yang dinaikkan dalam kempen ini yang menghasilkan bunyi hon yang meriah di kawasan kempen.

 

CATEGORIES
TAGS