Bantu Mazlan untuk terus bela nasib peneroka

Bantu Mazlan untuk terus bela nasib peneroka

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyeru semua rakyat prihatin untuk bersama membantu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman yang kini berhadapan dengan perintah bayaran RM500,000 oleh mahkamah.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyeru semua rakyat prihatin untuk bersama membantu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman yang kini berhadapan dengan perintah bayaran RM500,000 oleh mahkamah.

Menurut Mohamad, Mazlan antara aktivis masyarakat yang sangat disegani kawan dan lawan yang telah banyak menghabiskan kehidupannya kepada memperjuangkan hak peneroka dan golongan tertindas di seluruh negara.

“Di saat ada pemimpin negara membolot harta untuk kekayaan sendiri, Mazlan pula bergolok bergadai turun naik mahkamah dalam menyuarakan hak para peneroka yang ditindas.

Pengorbanan beliau bukan sedikit. Kegigihan beliau bersama anggota Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) dalam mengangkat martabat para peneroka felda tiada tandingannya,” kata Mohamad dalam satu kenyataan.

Buku karangan Mazlan Aliman tentang Felda.Mazlan diperintahkan membayar jumlah itu kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), ekoran buku yang ditulis beliau berjudul “FELDA… Dulu Tolong Sekarang Ah Long” dalam menceritakan keperitan hidup warga peneroka yang terpaksa berhadapan kerenah pentadbiran Felda.

Bagaimanapun beliau telah disaman oleh Felda kerana didakwa memfitnah.

Menurut Mohamad, sebagai rakyat Malaysia termasuk warga peneroka, perlu membantu Mazlan yang berhadapan dengan bankrupsi jika gagal membayar jumlah itu.

“Menyumbanglah setakat termampu walaupun hanya RM10 supaya Mazlan boleh terus membela nasib mereka yang ditindas,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Pusat Penggerak Mobilisasi Akaun No: 564258576644 (Maybank) dengan maklumkan maklumat sumbangan anda ke nombor 017-7709869 (Rahmat).

TAGS