Bantuan untuk rakyat Syria hadapi musim sejuk diperlukan

Bantuan untuk rakyat Syria hadapi musim sejuk diperlukan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Yayasan Darul Hijrah (YDH) menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dapat bersama pertubuhan ini dan Omari Society For Orphan (www.omariorphan.com) bagi menghulurkan apa jua bantuan untuk Rakyat Syria yang sedang menderita atas perang yang ditimpakan ke atas mereka.

Pengerusi Kehormat YDH Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan berkata, YDH sebagai pertubuhan berdaftar sejak dahulu hingga kini berterusan melaksanakan misi kemanusiaan untuk rakyat Syria.

Menurutnya, tiga warga Syria petugas sukarelawan YDH kini berada di lapangan iaitu Saudara Imad, Husam dan Mohanad.

YDH bekerjasama dengan Omari Society For Orphan yang beribu pejabat di Gaziosmanpaşa, İstanbul, Turki.

Pertubuhan ini menjaga anak-anak yatim yang baharu tiba dari Syria dan menguruskan kebajikan pelarian.

“Pengeboman udara dan serangan darat ke atas Bandaraya Aleppo, Syria menyaksikan kematian dan penderitaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

“Kini, masih terdapat puluhan ribu lagi rakyat Aleppo termasuk yang cedera dan yang cuba melarikan diri tetapi terperangkap. Antaranya bayi, kanak-kanak, dan warga tua.

“Mereka kesejukan dengan suhu di bawah 5 darjah celsius – tidur di tepi-tepi jalan menunggu pasukan pembantu.

“Puluhan ribu telah tiba di sempadan Turki selepas mengalami perjalanan yang sukar dan menakutkan. Namun, kemudahan dan peralatan untuk mereka sangat tidak mencukupi,” katanya.

Justeru orang ramai dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan untuk Tabung Bantuan Kecemasan Syria Dihatiku.

“Hulurkan segera sumbangan/infaq/zakat untuk Tabung Bantuan Kecemasan Syria Dihatiku. Bantuan anda sangat besar maknanya untuk saudara kita di Syria. Sumbangan Tuan/Puan akan digunakan khusus untuk membeli makanan, ubatan, selimut, baju sejuk, dan khemah buat mereka,” katanya.

Sumbangan boleh di salur ke akaun:
Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).

Setiap sumbangan boleh dimaklumkan melalui whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit.

TAGS