Bapa mentua presiden Amanah meninggal dunia

Bapa mentua presiden Amanah meninggal dunia

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Haji Alwi Abdullah, bapa mentua presiden Amanah, Mohamad Sabu meninggal dunia sekitar jam 8.40 pagi tadi di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Menurut Setiausaha Politik Presiden Amanah, Mohd Azhar Mat Dali, jenazah Allahyarham akan di kebumikan selepas Isyak malam ini.

Jenazah ayah kepada Normah Alwi, isteri Mohamad akan disolatkan di Masjid Kampung Jejawi Dalam, Jejawi, Perlis selepas solat Isyak dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam  Kampung Jejawi Dalam.

“Semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Moga Allah kurniakan kesabaran kepada saudara presiden dan keluarga atas kehilangan ini,” ujar Mohd Azhar.

Al-fatihah.

TAGS