Batu Caves antara destinasi pelancongan bertaraf dunia di Selangor

Batu Caves antara destinasi pelancongan bertaraf dunia di Selangor

Seorang anak pelancong dari luar negara cuba bermain dan mengejar sekumpulan burung merpati.

Sempena perayaan sambutan Deepavali esok, Malaysia Dateline mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu di negara ini.

Sambutan Deepavali juga dikenali sebagai pesta cahaya yang  setiap  rumah penganut Hindu akan dinyalakan  lilin bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kajahatan selain akan berkunjung ke Batu Caves untuk tujuan ibadat kerana terdapat tiga kuil di situ.

Di Malaysia sambutan Deepavali dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.

LENSA kali ini meninjau kawasan Batu Caves yang menempatkan sebuah kuil Hindu yang menjadi salah satu destinasi pelancongan di Selangor.

Dari segi sejarah Batu Caves telah diperkenalkan sebagai tempat ibadat oleh K. Thamboosamy Pillai, seorang pedagang India

Beliau mendapat inspirasi daripada pintu masuk utama gua yang berbentuk ‘vel’ dan mendapat inspirasi untuk membina sebuah kuil untuk Dewa Murugan dalam gua tersebut.

Pada tahun 1890, Pillai, yang juga telah mengasaskan Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur, telah memasang Arca Dewa Murugan yang masih terdapat sehingga sekarang di ‘Temple Cave’

Di ketinggian hampir 100 Meter dari dasar laut, kompleks kuil Batu Caves terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecil. Gua yang terbesar dikenali sebagai Cathedral Cave atau Gua Kuil. Didalamnya terdapat sebuah kuil Hindu.

Pengunjung perlu menaiki 272 anak tangga untuk sampai ke gua ini.

Sebuah patung 42,7 meter (140 kaki) tinggi Dewa Muruga telah dilancarkan pada Januari 2006, setelah mengambil tempoh 3 tahun untuk membinanya. Ia adalah patung Tuhan Muruga  mengikut kepercayaan penganut Hindu  adalah yang tertinggi di dunia.

Batu Caves juga  terkenal dengan perayaan Thaipusam. Ia menarik perhatian bukan sahaja penganut Hindu Malaysia, tetapi juga penganut Hindu di seluruh dunia sepertiIndia,Australia,Singapura,Thailand dan Eropah.

Selain itu, ia menjadi tarikan pelancong yang utama di Malaysia.Walaupun sambutan Hari Thaipusam menyumbangkan peningkatan pelancongan Malaysia ia hanya diisytiharsebagai cuti umum di negeri Pulau Pinang,Perak,Selangor, Kuala Lumpur,Johor dan Negeri Sembilan.

Pada tahun 2007, perayaan Thaipusam sahaja menarik lebih daripada 1.5 juta penganut, menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar dalam sejarah dunia.

Dua orang pasangan pelancong cuba memberi kacang kepada monyet ini.

Salah seekor monyet menjilat air karbonat yang ditumpahkannya.

Seekor monyet betina bersama sedang menyusukan anaknya.

Seorang pelancong kagum dengan daya ketahanan pekerja ini mengangkut tiga kotak minuman di atas kepalanya.

Dari muka gua kelihatan patung Dewa Muruga setinggi 42,7 meter (140 kaki) telah dilrasmikan pembinaan pada Januari 2006 yang menambah jumlah pengunjung ke Batu Caves.

 

631 total views, 8 views today

CATEGORIES