Bauksit di Kuantan: Amanah bakal adakan sidang meja bulat

Bauksit di Kuantan: Amanah bakal adakan sidang meja bulat

 

Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan sidang meja bulat mengenai isu bauksit di Kuantan, Pahang dalam masa terdekat melibatkan penyertaan ahli akademik, perunding perlombongan, jurutera alam sekitar, peguam dan NGO.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 Ustaz Hasanuddin (tengah) bersama pimpinan Amanah, jawatankuasa bertindak, peneroka dan Malaysia Dateline dalam tinjauan di Bukit Goh, 21 Februari laluParti Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan sidang meja bulat mengenai isu bauksit di Kuantan, Pahang dalam masa terdekat melibatkan penyertaan ahli akademik, perunding perlombongan, jurutera alam sekitar, peguam dan NGO.

Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus berkata, sidang berkenaan bagi mendapatkan fakta teknikal dan perundangan mengenai perlombongan bauksit di kawasan Felda itu seterusnya mengambil tindakan susulan bagi membantu peneroka terbabit.

“Amanah juga akan mengemukakan beberapa cadangan untuk tindakan segera pihak berwajib agar tiga fasa moratorium pada masa ini tidak berlalu begitu sahaja tanpa tindakan, pembaharuan dan penguatkuasaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Menangani Bauksit Peringkat Kebangsaan Amanah, pihaknya kecewa kerana tiadanya tindakan segera di pihak kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

Akibat keadaan tersebut, kata Ustaz Hasanuddin, aktiviti mengorek dan mengangkut mineral yang mendapat permintaan tinggi di China itu mengakibatkan penderitaan kepada orang ramai dan kerosakan alam sekitar.

Kawasan yang diratakan selepas tanah yang mengandungi bauksit dibawa keluar.“Permintaan tindakan lewat ini dan hanya memerhati sahaja telah diakui sendiri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di mjalis Penjenamaan Semula Kolej Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP) kepada Kolej Yayasan Pahang (YPM) dan Program Smart Tahfiz di Kuantan pada 26 Januari lalu,” ujarnya.

Terdahulu beliau bersama Pengerusi Biro Tanah dan Pembangunan Luar Bandar, Mazlan Aliman; Pengerusi Biro Alam Sekitar Amanah Nasional, Zulkefly Omar serta Pengerusi Amanah Pahang, Dr Hamzah Jaafar telah turun ke lapangan meninjau keadaan terkini di Felda Bukit Goh pada Isnin, 21 Februari lalu.

“Kami berpeluang meninjau dan mendengar sendiri keluhan para peneroka terlibat melalui kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bertindak Bauksit Bukit Goh, Dr Sahrudin Mohamad,” tambahnya lagi.

TAGS