Bayaran ‘one-off’ kepada mangsa bencana naik kepada RM700 – Guan Eng

Bayaran ‘one-off’ kepada mangsa bencana naik kepada RM700 – Guan Eng

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bayaran wang ehsan secara ‘one off’ kepada anggota isi rumah yang ditimpa bencana banjir pada 4 November lalu, dinaikkan menjadi RM700 berbanding RM500 yang diumumkan ketika pelancaran program Pulau Pinang Bangkit baru-baru ini.

Ketua Menteri Y.A.B Lim Guan Eng dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tengah hari tadi berkata, ia melibatkan peruntukan tambahan sejumlah RM20 juta lagi.

Katanya, sebelum ini program Pulau Pinang Bangkit memperuntukan RM50 juta kepada mangsa-mangsa banjir.

“Sekiranya kutipan derma tidak mencukupi RM20 juta, maka ia akan ditambah atau ‘top-up’ oleh Kerajaan Negeri.

“Ini akan menjadikan bayaran ehsan ‘one-off’ secara keseluruhannya sebanyak RM700 setiap penerima,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES