Bebaskan Anwar atas dasar perikemanusiaan

Bebaskan Anwar atas dasar perikemanusiaan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

Koordinator Deklarasi Rakyat, Khairuddin Abu Hassan berpendapat “kerajaan kleptokrasi” pada masa ini perlu memberi pertimbangan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, tindakan itu dijangka mendapat sokongan padu rakyat Malaysia susulan ziarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diikuti Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Zahid Hamidi ke atas Anwar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kelmarin.

“Ziarah ini membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa ‘tahanan politik’ yang semakin disimpati oleh Najib Tun Razak serta Datuk Seri Zahid Hamidi kini.

“Pada hemat peribadi saya, untuk mencantikkan lagi keadaan landskap politik mutakhir tanahair kita, pihak kerajaan kleptokrasi harus menimbangkan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara kadar segera atas dasar perikemanusiaan,” tegasnya.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, ziarah Najib dan Zahid sebagai satu permulaan cukup baik tetapi mesti disusuli tindakan untuk lebih “mencantikkan keadaan” termasuk memberi jaminan Anwar boleh menerima rawatan sehingga sembuh di HKL.

“Saya pernah mendiami blok Hospital Penjara Sungai Buloh selama hampir sebulan setengah. Tenaga kerja perubatan mahupun warden-warden semuanya profesional dan amat baik belaka tetapi kemudahan peralatan amat berkurangan.

“Sukar bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat rawatan secara sepatutnya,” ujar orang kuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Khairuddin pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 2015.

Beliau yang keluar dari Bersatu berkuat kuasa serta-merta pada 27 Oktober tahun lalu menyifatkan rakyat Malaysia akan menyambut baik dua desakannya itu

“Saya yakin keseluruhan rakyat Malaysia akan berdoa agar perkara ini boleh berlaku natijah dari perasaan insaf kerajaan kleptokrasi kini,” tambahnya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

5.8
OVERALL SCORE
4 user votes x 7.3
CATEGORIES