Bebaskan Shazni Munir: Solidariti jam 8 malam ini di IPD Dang Wangi

Bebaskan Shazni Munir: Solidariti jam 8 malam ini di IPD Dang Wangi

Pemuda Amanah Nasional mengecam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin di bawah akta hasutan dan seksyen 504 Kanun Keseksaan sebentar tadi.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mohd Sany HamzanKetua Polis Negara harus bertanggungjawab terhadap arahan yang hanya dilakukan melalui twitter berdasarkan kenyataan Shazni Munir yang telah pun dimanipulasi daripada kenyataan asal.

Ketua Pemudanya,  Mohd Sany Hamzan berkata,  Shazni hanya memberi penerangan kepada rakyat tentang bahana GST dan menyeru untuk turun ke Himpunan Bantah GST bukanlah satu jenayah.

“Namun penangkapan yang dibuat memberi isyarat pihak polis dilihat terdesak untuk membela kerajaan daripada berhadapan kemarahan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Justeru, Pemuda Amanah Nasional menyeru untuk seluruh pemuda berhimpun di IPD Dang Wangi malam ini jam 8 malam sebagai solidariti di atas tangkapan Shazni Munir.

Hari ini Shazni Munir  ditahan bawah Akta Hasutan di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Terdahulu beliau dipanggil bagi memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada jam dua petang tadi rentetan arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitter Sabtu lalu.

Ia berkaitan satu artikel Shazni yang disiarkan sebuah portal atas talian yang didakwa bersifat menghasut.

Shazni diwakili peguam Lim Lip Eng.

 

TAGS